Monday, 5 March 2012

Cara-cara melupakan bekas kekasaih

Setiap daripada kita mungkin pernah bercinta dan mengalami putus cinta. Sangat susah untuk kite melupakan kekasih lama tetapi kehidupan mesti diteruskan dan kita harus memberi peluang kepada diri kita dan orang lain untuk mencari cinta walaupun cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah.

So ada beberapa cara yang mungkin boleh menolong kita untuk lupakan bekas kekasih.

1) Percaya yang jodoh kita telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Betapa besar sekali pun cinta kita terhadap bekas kekasih kita tetapi jodoh itu Allah yang tetapkan.So anggap ajelah dia bukan yang terbaik untuk kita dan berterima kasih kepada Allah sebab cinta kita tidak berkekalan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita, seseorang yang boleh menutupi kelemahan dan kekurangan kita.

2) Jangan simpan barang-barang bekas kekasih
Mungkin korang nak simpan barang-barang bekas kekasih yang pernah dia kasik dulu sebab itu adalah kenangan yg indah dan manis. Secara jujur kalo betul2 ikhlas nak lupakan bekas kekasih kenapa perlu simpan barang-barang bekas kekasih dan kita harus ingat adakah kita jujur dengan kekasih kita kalo kita masih teringat dan mengingati bekas kekasih kita.

3) Jangan contact bekas kekasih.
Walaupun rindu mcm mane pun, jangan sekali kali try untuk meskol, sms, call, chat,komen status dalam FB dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan daripada kekasih kita terluka dengan perbuatan kita itu kalo kita terus contact bekas kekasih.

4) Lakukan sesuatu yang kita suka.
Mungkin sebelum nie kita jarang buat benda2 yang kita suka sebab setiap masa berkepit dengan bekas kekasih. So gunakan peluang ini untuk lakukan aktiviti2 yang kita suka bersama-sama kawan-kawan seperti camping, main basikal, panjat gunung dan senang cite aktiviti yang bole buat kita lupa tentang bekas kekasih.

5) Jangan bersendirian
Elakkan daripada bersendirian dan ajak kawan-kawan keluar or cari kawan-kawan baru. So nasihat kalo kite bercouple, janganlah kita buang kawan-kawan kita.


Sebelum kita untuk menerima cinta or kekasih lain, pastikan diri kita ini dah bersedia untuk lupakan bekas kekasih kita itu. Jangan bercinta jika kita belum betul2 ikhlas dan jujur untuk lupakan bekas kekasih kita itu kerna ia akan menyebabkan kekasih kita terluka.




Sunday, 4 March 2012

BBQ with Geng Kampung


3 March 2012

Hari nie kitorang geng Kampung rancang nk buat BBQ sebagai gathering setelah masing2 membuat haluan masing-masing sejak mendirikan rumah tangga terutama apis, ayin, jeli dan azhar. So komitmen diorang lebih kepada family diorang. kali ini aku ambik giliran untuk membuat BBQ sebagai tuan rumah dan aku dari pagi dah beli bahan mentah untuk membuat BBQ. Tapi sorilah geng, aku tersilap membuat anggaran. Takpe next time aku beli ayam lebih....

Best Friend Forever

Mcm biasa topic malam itu, berkisahkan kehidupan selepas berkawen. Dan orang paling suka kenakan orang adalah apis dan orang yg selalu kena dengan apis adalah ayin. Aku actual agak terkejut bila jumpa azhar, sebab badan dia dah kurus compare tahun lepas aku jumpa badan dia agak gempal. Siasat pun siasat rupanyer dia minum kopi kesihatan, bukan setakat badan aje turun..spek pun dah x pakai sekarang nie. So aku pun nk try lah kopi tu...hopefully rabun aku akan hilang.

Selesai BBQ, kitorang pun melalak karok kat simpang renggam tapi x lama pun 1 jam aje sebab pusat karok nk tutup dah. sempat jugak lah aku belasah 3 lagu mlm tu tapi apis paling banyak nyanyi mlm tu.

Lepas nie tak tahu bile dapat kumpul buat BBQ mcm nie lagi tapi korang mmg geng aku paling best forever dan jangan lupa update news kat whatapps...(ayin, amy,jeli cepat2 install whatapps)

BBQ nite

Sunday, 26 February 2012

Fisioterapi

Hari nie dah masuk 3 kali aku buat fisioterapi kat klinik rantau sejak mengalami kecederaan koyak otot betis ketika bermain bola di padang KDRP. Ini pertama kali aku mengalami kecederaan semasa bermain bola dan macam x percaya aje aku injured. Mula2 aku rasa malas sangat nk continue buat fisioterapi nie sebab aku rasa biarlah benda tu pulih dengan sendiri. So aku decide sebelum gi fisioterapi tadi, ini last gi jumpa fisioterapi.

Sekali akak nurse yang buat fisioterapi tu pun tadi explain kat aku, kalo aku x pergi fisioterapi nie hingga pulih, ada kemungkinan aku akan mengalami kecederaan tempat yang sama sangat besar. reason dia, otot aku yang koyak tu ada mengalami darah beku dan aku perlu buang darah beku tu kalo berhajat untuk aktif bersukan semula. kalo tak, otot aku akan mengeras dengan darah beku tu then kalo bermain lagi aku akan mengalami kecederaan yang lebih teruk lagi. So for sake of football and my future, aku decide untuk continue membuat fisioterapi ini hingga pulih. So aku perlu berehat dari bersukan selama 6 minggu. lama giler aku rasa 6 minggu ini dengan tgk budak2 nie main bola...


Antara rawatan memulihkan kecederaan.

Antara nasihat dia yang lain, lepas ini kalo aku nk bermain bola lagi aku perlu buat warming up yang lebih kat bahagian yang cedera skrg ini untuk elak dari berulang semula.


Inilah mesin yang memberi aku harapan..




Monday, 6 February 2012

Hidup tanpa mukabuku


Hari ini, bangun pagi aje aku terus memikirkan tentang hal semlm dan perkara semlm membuat aku untuk nekad deactivate mukabuku (facebook bahasa orang putih) aku untuk sementara waktu sahaja. Agak lama jugak aku memikirkan tentang perkara ini dan ini merupakan 1st time aku tutup mukabuku aku. Mula2 sayang jugak nk berpisah dengan mukabuku ini sebab mukabuku ini lah teman dikala aku kesunyian dan kesorangan.Tapi bile memikirkan mungkin ada baiknya jugak aku tutup sementara mukabuku aku ini untuk aku menilai semula keadaan diri aku ini dan orang sekeliling aku.

Hari pertama tanpa mukabuku aku rasa merinduinya tapi aku perlu nekad untuk belaja tanpa mukabuku. Hope ada hikmah dia bila aku tutup mukabuku aku ini untuk sementara waktu dan aku akan aktif semula bila sampai waktunye yang aku sendiri tidak pasti bila aku akan buka semula mukabuku ini. so hanya blog kesayangan aku ini lah tempat untuk aku mengongsi pengalaman hidup dan bercerita tentang diri aku...


Teman setia


Drum set kat atas tu aku beli secondhand dari abang ipar aku alang2 dia nk jual, aku pun beli lah..1st time main, aku rasa best jugak beli drum nie untuk aku hilangkan stress dan tension2 aku. Sekarang nie, drum set ini menjadi teman setia aku yg selalu menemani aku di Teratak Bujang Panalex.

Drum ini lah yang dapat menghilangkan rasa tension, melupakan sekejap masalah dan rasa bosan aku..setia menghiburkan aku. Tidak marah walaupun aku ketuk sekuat mana pun kecuali jiran2 aku yang marah...hehehe
Tapi drum ini memberi aku sesuatu yang baru dalam hidup aku...sesuatu yang x pernah aku cuba sebelum ini. Mungkin ini salah satu hobi aku selepas keje dan sebelum tido...





Saturday, 4 February 2012

Journey to Bukit Fraser



Otak aku sangat serabut sekali minggu nie memikirkan bermacam-macam benda. Memikirkan nasib badan yang entah lah ape nak jadi dengan aku ini. So cuti 3 hari ini mmg aku xde plan nk balik kampung dan aku plan pergi ke tempat yang bole buat aku berfikir dengan tenang. Puas aku cari tempat untuk aku pergi, akhirnya otak aku triggered untuk pergi ke Bukit Fraser. Aku mmg x plan ape2 pun pasal trip ke Bukit Fraser. Aku main redah aje.


Kali ini, Mohammad Faizal menemani aku untuk pergi ke Bukit Fraser. Bertolak dari Teratak Bujang pukul 9.10pg,terus pick up faizal. Sarapan di depan sekolah menengah kat kemasik layan roti sarbin dgn telur separuh masak 2 biji. Lepas sarap, aku terus gerak pergi ke Bukit Fraser melalui jalan lama. Berhenti solat jumaat di maran dan lunch di Temerloh. Mencari patin tempoyak, aku tuju Gerai Bukit Berangin dan rezeki kitorang Patin tempoyak masih ada. Rasa dia mmg terbaik dan harga dia pun tahan jugak lah.


Berbekalkan Peta Malaysia yang mmg menjadi khazanah kereta aku, kitorang pergi ikut bentong potong raub untuk ke Bukit Fraser. Masuk bentong masih banyak kereta tapi once kitorang masuk jalan ke Bukit Fraser, suasana jalan dia agak sunyi dan horror. Di tambah hujan lebat bila kitorang start masuk kawasan banjaran Titiwangsa membuat aku sangat risau. Kiri kanan jalan ada sahaja kejadian tanah runtuh yang kelihatan masih baru aje terjadi membuat aku berfikir kalo kitorang masuk gaung then tertimbus tanah runtuh confirm mmg xde orang yang tahu. membuat aku memecut Sang Hitam dengan lebih laju dan ditambah jalan yang berliku-liku mmg memguji kecekapan aku memandu sang hitam.


Alhamdullilah, akhirnya kitorang pun sampai dengan selamat di Gap (kaki bukit Fraser) tanpa terjadi perkara2 yang tidak diingini. Suhu yang tercatat adalah 16 degree C dengan suhu paling sejuk pernah mencecah sehingga 14 degree C. Boleh dikatakan Bukit Fraser ini adalah tempat untuk menenangkan fikiran, jauh dari kesibukan kota dengan menghirup udara yang sedar. so kalo rasa pergi untuk berseronok bukit fraser bukan tempatnya. Best untuk jungle trekking, main basikal dan santai2 bersama family.


Setelah serik pergi ikut raub, kitorang pun balik ikut kuala kubu. Jalan dia lebih selamat dan luas dari raub ke Bukit Fraser. So kepada sesape yang nk pergi ke Bukit Fraser, tidak digalakkan pergi ikut raub, lebih selamat ikut Kuala Kubu Baru...



Sunday, 8 January 2012

Tahun Baru 2012


Tahun 2011 telah berlalu...
kini 2012..

Aku tak tahu nk tulis ape untuk entry baru ini..
berharap tahun 2012,aku akan menjadi insan yang lebih baik,
lebih bertanggungjawab dan lebih sabar menempuhi cabaran yang mendatang.

Amin...