Friday 20 May 2011

Perbezaan Emosi Lelaki dan Wanita

Mungkin kita pernah kecewa dengan cinta atau pasangan kita dan kita kekadang menyalahkan pasangan kita disebabkan kegagalan dalam perhubungan tersebut.

Disebabkan itu, aku ingin berkongsi info berkaitan apa yang wanita dan lelaki perlukan dalam perhubungan untuk memastikan perhubungan tersebut berkekalan. Lelaki dan wanita secara umumnya mempunyai keperluan emosi yang berlainan dan kekadang kita tidak mengetahuinya. Oleh itu adalah penting setiap pasangan mengetahui apa yang setiap pasangan inginkan dari pasangan mereka.

Lelaki dan wanita merasakan mereka telah memberikan apa yang pasangan mereka perlukan dan kekadang merasakan mereka telah memberikan lebih dari yang sepatutnya.Ini menyebabkan lelaki dan wanita merasakan cinta yang mereka berikan tidak dihargai oleh pasangan masing-masing. Sebenarnya lelaki dan wanita telah memberikan kasih sayang dan cinta yang sepatutnya mereka beri kepada pasangan mereka tetapi tidak dalam keadah atau jalan yang betul yang menyebabkan pasangan masing-masing merasakan tidak dihargai.

Ada beberapa perkara yang wanita perlukan dan lelaki perlukan dalam sesebuah perhubungan untuk memastikan perhubungan tersebut dihargai dan berkekalan.

Apa yang Wanita perlukan:
1) Perhatian
2) Memahami
3) Hormat
4) Kesetiaan
5) Pengesahan
6) Keyakinan

Apa yang Lelaki perlukan:
1) Kepercayaan

2) Penerimaan
3) Penghargaan
4) Mengagumi
5) Keizinan
6) Galakkan


Oleh itu, wanita perlulah memberikan apa yang lelaki perlukan dalam perhubungan dan lelaki jugak perlu berikan apa yang wanita perlukan dalam sesebuah perhubungan. Apabila seseorang lelaki itu memberikan perhatian, memahami, menghormati wanita, setia dan mengesahkan sesebuah perhubungan, secara automatik memberikan keyakinan kepada wanita. Begitu juga wanita apabila memberikan kepercayaan, penerimaan, menghargai, mengagumi dan membuat keizinan secara automatik memberikan galakkan kepada lelaki.

Hope dengan sedikit maklumat ini, dapat membantu pasanag yang sedang membina perhubungan untuk mengetahui kehendak pasangan masing-masing. GOOD LUCK.

Tuesday 17 May 2011

SABAR bila DIHINA.



DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina.
Antaranya ialah:

1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..

2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku.

3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

4. Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.

5. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

6. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

Sunday 8 May 2011

Ulasan cerita "Rahmat...ana nak susu"

Kalo x silap aku, cerita nie sambungan dari cerita dahulu pasal rahmat yang berebut susu untuk anak dia. Tapi kali nie, rahmat dah menjadi hartawan dan dermawan. Aku tak tengok cerita nie dari awal, tapi cerita nie mmg best sebab jalan cerita dia sangat menarik. Lagipun aku suka lakonan Eman Manan, gaya dia berlakon mmg class, xde pelakon malaysia yang macam dia.

Banyak pengajaran yang dapat dilihat dari cerita ini, antaranya kita kena lah menolong orang setiap masa tanpa mengharapkan balasan, jangan menghina orang walaupun orang tu pengemis, kekadang kejadian yang tidak disangka akan berlaku dalam hidup kita dan paling mendalam aku rasa adalah bila rahmat memberi hadiah duit lebih kurang rm1K kepada pengemis then pengemis tersebut memberi hadiah kepada rahmat dengan duit yang rahmat kasik dia lebih kurang rm300. Mungkin kita akan rasa bahawa pengemis tu sombong tapi sebenarnya dia nk kita rasa ape yang dia rasa...perfect.

So kalo sesape nak tgk cerita tu, mungkin bole tgk kat astro oasis...

Thursday 5 May 2011

35 Ways To Full Of The Love Tank

A man thinks he success with high mark with women when he does something very big for her,like buying her a new car or taking her on a vacation. A man reluctant does something small like opening the car door, buying her a flower or giving her a hug. A man believe he will fulfill her best by focusing his time, energy and attention into doing something big for her. That formula however doesn't work because women evaluate each effort a man does to her with equal value no matter big or small.

Below is a list of 35 of the little ways a man can keep his partner's love tank full.

1. Practice listening and asking questions.
2. Resist the temptation to solve her problem, empathize instead.
3. Bring her cut flowers as a surprise as well as on special occasions.
4. Validate her feeling when she is upset.
5. Offer to help her when she is tired.
6. When you going to be late, call her and let her know.
7. When she asks for support, say yes or no without making her wrong for asking.
8. If she usually washes the dishes, occasionally offer to wash the dishes especially if she is tired
that day.
9. Notice when she is upset or tired and ask what she has to do. Then offer to help by doing a few of her "to do" items.
10. Tell her " I love you" at least a couple of times every day.
11. Make the bed and clean up the bedroom.
12. Notice when the trash is full and offer to empty it.
13. Wash her car.
14. When holding hands don't let your hand go limp.
15. Pay more attention to her than to others in public.
16. Take short romantic gateways.
17. Offer to drive the car on long trips.
18. Surprise her with a love note or poem.
19. Open the door for her
20.Offer to carry the groceries.
21. Offer to carry heavy boxes for her
22. Touch her with your hand sometimes when you talk to her.
23. Ask her how she is feeling.
24. On trips,handle the luggage and be responsible for packing it in the car.
25. Offer to fix something around the house.
26. If she has been sick in some way, ask for an update and ask how she is doing or feeling.
27. Laugh at her jokes and humor. 28. Verbally say thank you when she does thing for you.
29. Go bicycling together even if it's just a short ride.
30.Organize and prepare a picnic.
31.Bring home her favorite pie or dessert.
32.Notice when she gets her hair done and give a reassuring compliment.
33.If she is tired offer to make her some tea or coffee.
34.Buy her little present.
35.When she prepares a meal, compliment her cooking.