Saturday 12 February 2011

Gunung Nuang



Dah lama rasa x tulis blog, takde idea mcm mane nk start tulis semula blog nie. Kali nie, aku cerita pasal Gunung Nuang. Sesape yang tak tahu Gunung Nuang tu kat mane, terletak di Hulu Langat, selangor. Mempunyai ketinggian 4898ft dari aras laut.

*****************

Plan nak naik gunung nuang nie, idea bob member aku keje kat proton. Kata nk blah dari proton tapi tak tahu bila. Mula2 plan mmg nk camping 1 mlm kat gunung nuang tetapi mendapat sambutan yang menggalakkan dari plan 4 orang yg pegi, jadi 10 orang. So disebabkan terlalu ramai orang nak join dan peralatan yang tak mencukupi, kitorang pun decide untuk mendaki Gunung Nuang tapi balik hari. Seriusly aku ingat Gunung Nuang nie relax aje, sebab tu bila member aku cakap balik hari, aku on aje...


Alkisahnyer bermula pada hari rabu, aku bertolak dari opis kerteh tepat pukul 5.30 ptg. sampai kl pukul 11.00mlm. Tunggu ayed, bob dan member ayed dtg rumah aku, sebab plan nk gerak pagi. So pagi khamis pukul 5 pagi aku dah bangun, semangat punya pasal nak panjat gunung. Tapi bila call haizam, dia cakap member dia semua x jadi pergi, dia sorang aje yg gi then ditambah dengan ayed (kat sini aku refer KECIK) tetiba kaki sakit x leh nak jalan. Last2 yang tinggal nak panjat gunung nuang aritu aku, bob, haizam dan adim.

Pendekkan cerita, start mendaki gunung nuang pukul 8.30pg. estimate sampai kem LOLO lebih kurang 2 jam. semangat punya pasal kitorang buat 1 jam 30 minit aje..power x power lah kitorang masa tu...hehehe. sampai kem lolo nie, mmg sesuai untuk camping dan ada air terjun yang sangat best dan sejuk. bajet masa tu nk mandi2 lepas panjat gunung..



So next check point kat kem pancat. Jarak perjalanan dari kem lolo ke kem pacat nie ambik masa 2 jam kalo x silap aku. Masa nie aku tgk adim dah start pancit, so aku kesian tgk dia aku pun mintak bob rehat 5 minit then kekadang tunggu adim nie yang jauh tertinggal kat belakang buat aku risau. kan tersesat masalah besar pulak. Sampai kem pancat nie, bukan aku aje yang pancit, tapi haizam dengan adim pun dah pancit. Dia punya curam, boleh dikatakan dalam julat 80-90 degree....dah lah xde tali.

Bila dah start nk daki puncak nie, aku rasa pancit giler...masa nie mmg xde dah semangat nk ambik gambar dah. rasa 3 jam jugak nak sampai puncak Nuang tu. 30 minit before sampai puncak, lutut mmg dah menggigil sebab kelaparan. Terpaksa stop dan bedal makanan yang ada kat beg. Masa tu rasa sedap giler roti yang aku bawa...hahaha.

Bab paling menakutkan, bila nk sampai puncak Nuang tetiba kaki aku rasa kejang. Masa tu hampir2 putus ada jugak tapi disebabkan keazaman dan kegigihan untuk smpai puncak Nuang akhirnyer berbayar. Sungguh puas bila rasa dapat sampai puncak Nuang. So enjoy lah picture2 yang sempat aku ambik before aku kepenatan mendaki. Cerita bab turun Gunung Nuang nanti aku cite kalo ada masa.