Saturday 15 February 2014

Kenyir Season Finale



Alhamdullilah berakhirnya trip Kenyir season finale 3 hari 2 malam bermula dari 15-17 Nov 2013. Masih mengekalkan peserta-peserta hardcore trip yang lepas dan menjemput pemancing tegar dari Parit sulung dan Dungun. Perancangan last minutes dan persediaan yang kelam kabut terutamanya bile tukang peram ayam outstation last minit. Terpaksa lah menjadi bidang terjun utk peram ayam dan alhamdullilah ayam berjaya dikeluarkam dari peti sejuk walaupun mengambik masa 40 minit dengan pelbagai usaha utk keluarkn ayam peram dr peti sejuk.

Berlepas lebih kurang pukul 10pg selepas selesai segala urusan duit bot (total cost RM3300), awak2 bot, dan air batu utk bekalan selama 3 hari. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5-6 jam untuk sampai ke taman negara dan sepanjang perjalanan digunakan untuk setting semua joran2 dan lunch di atas bot house.

Sampai aje ke lokasi, masing2 tak sabar nak pergi ke jeram2 untuk layan sentapan2 dari sebarau. Walaupun hanya berjaya menewaskan sekor sebarau aje...macam2 ikan dapat ditewaskan seperti ikan belida, ikan ubi, ikan lampan, dan baung. alhamdullilah semua dapat rasa ikan dari hasil tangkapan sambil berulamkan petai dan sambal belacan, makan di tengah tengah hutan Taman negara dan jauh dari tamadun manusia memberikan seribu ketenangan dan kedamaian.

Seribu perhargaan kepada yang terlibat memjayakan Trip Kenyir Season Finale dan tunggu next our trip untuk memburu ikan2 yang lebih besar dan ganas dalam next season.





Friday 6 September 2013

Saudara Baru

Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk menulis blog nie yang dah lama ditinggalkan hampir setahun. Kerje yang banyak dicampur dengan stress lagi, membuat aku tiada kesempatan untuk menulis segala perjalanan hidup aku dalam masa setahun nie. Tapi hari ini, aku diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis tentang saudara baru yang baru masuk Islam.

Saudara baru ini merupakan kawan aku sejak dari UTM lagi.Aku kenal dia masa kitorang sama-sama jadi ajk konvo UTM ke-31. Dia seorang perempuan chinese yang berasal dari pahang dan sepanjang aku tempoh persahabatan itu, dia seorang yang sangat baik dan sejak mula kenal dia memang niat kat hati aku untuk jadikan dia seorang muslimah. Dia sorang yang peramah dan suka tolong orang hingga kawan aku sendiri ingat dia tu melayu. Aku sangat bangga dapat kawan mcm dia tu.  

Bulan June 13 dia ada beritahu aku yang dia nak kawin bulan September 2013 so bole aku katakan yang impian aku nak tengok dia menjadi saudara baru Islam pasti tak akan menjadi kenyataan segala. Pengharapan dan doa aku untuk melihat dia menjadikan Islam sebagai pegangan hidup hampir musnah.

Tapi Allah Maha Besar dan Dia sebaik baik perancang, tanpa aku menduga rupanya dia kawin dengan orang Islam jugak. Bila aku dapat berita itu, aku rasa sangat bersyukur dan kegembiraan aku susah untuk aku bayangkan. Alhamdulillah dia dah memeluk Islam pada bulan Aug 13 dan menjadi saudara baru seagama dengan aku. Walaupun bukan aku yang membuat dia memeluk Islam, at least impian dan hajat aku akhir ditunaikan oleh ALLAH S.W.T Semoga hidup dia terus diberkati dan dapat mengamalkan cara-cara hidup Islam . Allahuakbar..!Allahuakbar..!Allahuakbar..!


Sunday 23 September 2012

Raya @Pt Mastar 2012

Syawal dah abis tapi baru nak update blog pasal raya. Tapi nk buat mcm mane..nie aje masa dan mood aku ada nk tulis dalam blog aku.

Tebang buluh untuk pintu gerbang

Tahun nie aku tak ada banyak masa untuk buat preparation menyambut hari raya. aku buat ape yang penting aje dulu dan mujur lah ada anak buah aku yang mmg rajin menolong aku untuk membuat persiapan hari raya tahun nie iaitu ipan, syazwan, syazani, muiz, haikal, ayun, dan fikri. 

Hasil pintu gerbang walaupun petak aje. Tahun depan improve lagi

Macam biasa, aku akan siapkan lampu pelita tapi tahun aku upgrade sikit dari tahun lepas. Tahun nie aku buat pintu gerbang pelita konon2 nye nak menang hadiah lah, x dpt no 1 dpt no 2 or 3 pun jadilah. letih jugak buat pintu gerbang nie lagi2 time waktu puasa...makan 2 hari jugak nk siap untuk pasang pelita sekeliling umah aku. 

Proses memasak santan untuk buat dodol. 

Dodol yang hampir siap. 



Siap pelita, aku buat pulak dodol. Dodol nie makanan tradisi raya keluarga aku dan so far, x pernah miss nk buat dodol setiap tahun (mak aku ckp aku aje yg waris dr arwah bapak aku padahal aku rasa semua org bole buat kalo betul2 nak buat). Nak buat dodol pun bukan senang, preparation nk buat pun meletihkan tapi aku mmg dah set godak dodol mmg waktu mlm. letih nk buat dodol waktu siang, dgn puasanyer plus panas kacau dodol mahu lepak aku kalo buat siang hari. mlm kaco dodol sambil buat BBQ...mmg terbaik lah. bole buat lagi tahun depan. 

Lepat makanan orang jawa. 

Kuih raya tahun 2012


Terpaksa bersengkang mata sampai 4 pagi untuk siapkan dodol nie. 

Apa2 pun raya tahun nie merupakan tahun paling malas aku nak berjalan. Aku pun x tahu nape lah aku makas gile nk pergi beraya. Dan raya tahun nie jugak, aku kehilangan seorang sahabat baik aku, sahabat yang sama2 susah, sama2 senang...sama2 happy dan sama2 berduka. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. 

Semoga roh sahabatku Hazali dicucuri rahmat. 


Tuesday 3 July 2012

Wanita Idaman

Hari nie tetiba aku mendapat video pre wedding Irma yang dikirimkan oleh sifu dan aku tersentuh dengan video tersebut. So aku pun chat dengan sifu aku tu dan dia pun nasihat aku untuk tuliskan ciri2 wanita yang aku inginkan untuk menjadi isteri aku. Kata member aku nie, ini merupakan 'law of attraction" dan set kan dalam kepala kite sebagai hajat untuk kite. Insyallah kalo teknik yang betul dan mengikut protokal, Allah akan maqbulkan hajat aku ini.

So aku detailkan ciri2 yang aku idamkan.
1) Aku inginkan wanita yang bila aku melihat wajahnyer aku terasa tenang dan bahagia. Dan dia pun tenang dan menyukai aku serta boleh menerima family aku seadanya dan pandai ambik hati mak aku.
2) Aku inginkan wanita yang mempunyai kulit lebih cerah drpd aku, tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah daripada aku. tak terlalu gemuk dan tak terlalu kurus. memiliki senyuman yang menawan dan manis. Mempunyai suara yang lemah lembut dan solat 5 waktu cukup. 
3) Aku inginkan wanita yang rajin dan suka menolong ibu dan bapa membuat keje.

Lastly, aku serahkan kepadaMu Allah jodoh ketentuan yang terbaik untuk aku kerna Engkau yang menciptakan aku dan hanya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambamu ini ya Allah. AMIN.....

 "Love can heal everything, dengan cinta kita dilahirkan, dengan cinta kita dibesarkan dan dengan cinta jualah kita masih bernafas." - Sifu

Monday 28 May 2012

Tasik Kenyir

Sebelum berlepas di pengkalan gawi

Akhirnya plan yang dibuat 3 bulan yang lepas menjadi reality,iaitu membuat trip ke tasik kenyir dan pada yang sama abang aku nikah pada tarikh yang sama. Tahniah kepada abg ajak dan semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Bergerak dari rumah afdal ke kenyir mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam dengan berhenti sarapan di kerteh sebagai pit stop yang pertama. Total yang join 10 orang semua dan almost semua first time pergi ke tasik kenyir dan aku kali kedua selepas 4 tahun. Sampai ke kenyir, aku rasa sangat teruja dengan keindahan alam sekeliling dan keindahan tasik kenyir itu sendiri. Mmg niat aku untuk enjoy the view puas2 dan menikmati keindahan tasik kenyir.

Bot yang kitorang sewa tu mmg best, semua ada dari katil, dapur, set bakar BBQ, peti sejuk, Astro dan lain2 lagi yang membuat trip ke kenyir kali ini tidak mengecewakan. Plan asal tengahari beli nasi bungkus aje tapi xde orang jual mkn tghari lagi masa kitorang sampai kat tasik kenyir. So contingency plan, kitorang masak tengahari tu. Mujur aku ada beli beras dan sayur sedikit sebab aku mmg plan nk masak tengahari tu, dan sotong BBQ untuk mlm terpaksa dikorbankan sebagai lauk makan lunch kitorang.
Lunch pertama di Tasik kenyir
Setting Joran

On the way ke Air terjun Lasir, masing2 busy setting joran masing2. Sampai aje tempat yg dituju, semua dah x sabar nk baling joran. Masa ini lah baru diorang blaja cara2 membaling joran. Ikan kat tasik kenyir agak malu2 sebab start baling umpan sampai lah petang, langsung tidak terusik.
Balingan pertama

Menjelang mlm, kitorang pun start bakar BBQ mlm tu. Main menu BBQ, ayam dan sosej tapi umpan udang aku pun diorang tibai buat BBQ. Selesai BBQ, masing2 mula baling jorang masing2 dengan harapan mendapat ikan besar dan banyak. Angan2 nak dapat Toman, lampan, baung dan mcm2 lagi. Nasib lah bot tu ada Astro, sementara bosan tunggu joran disambar ikan, layan Super Spontan.

BBQ nite...

Berikut adalah kategori pemenang:
1) Ikan pertama berjaya dipancing - afdal (anak baung- halus aje)
2) Ikan terbesar yang berjaya dibawa naik - Azmi (lampan ekor merah)
3) Ikan terbanyak - Zaki (semua anak baung,,hehehe)
Champion ikan terbesar

Overall trip ke kenyir mmg sangat best, dari memancing, mandi air terjun dan melawat taman herba. kalo ada sesape ingin ketenangan, pergi lah Tasik Kenyir dan enjoy alam semulajadi yang berada di tasik kenyir.





Last but not least...




Sunday 6 May 2012

Universal Studio Singapore


Tanggal 4hb aritu aku pergi ke Singapore dengan Bob untuk jalan2 kat Universal Studio Singapore. Aku gerak kul 10.30pg untuk ambik member aku leely kat UTM sambil jalan2 kat UTM setelah 6 tahun aku tinggalkan dan banyak yang berubah. Leely merupakan penasihat kepada kami untuk ke singapore tu (gaya mcm pemandu pelancong pun ada jugak), dia nie dulu keje kat singapore so kami pun follow instruction dia mcm mane nk ke singapore dari CIQ JB hingga lah ke Bugis, Singapore maklum lah kitorang nie 1st time pergi singapore melalui tambak johor.




So sampai gi JB sentral, kitorang terus gerak pergi ke CIQ JB. Selepas mendapat cop Immigresen kitorang terus ambik bus CW2 untuk ke CIQ singapore (tiket bas jangan buang). Sampai disana, kena isi borang dulu then baru pergi immigresen singapore untuk cop. lepas tu ambik bas CW2 sambil tunjuk tiket asal td. Then bas nie akan terus ke Bugis dan dicadangkan stay kat area Bugis or Arab street sebab senang dpt makanan halal. Kitorang pun pusing2 area situ sambil survey hotel area situ dan kitorang pun decide stay kat Marrison Hotel,harga dia satu mlm around $158 tapi bilik kecik aje. Malam tu kitorang lepak kat arab street tapi kalo korang bole jugak jalan2 kat area Bugis junction or area2 situ sebab meriah mlm kat situ.



Esoknyer sabtu kitorang sarapan martabak singapore dulu kat Zam Zam restorang di area Arab street dan bual2 pelayan dia asal malaysia jugak. sebelum gerak gi USS, kitorang jalan2 kat Bugis street untuk beli souvenir dan dari situ ambik MRT Bugis untuk ker Sentosa Island. Akhirnye sampai jugak untuk ke Universal Studio Singapore..



Mungkin mmg rezeki kitorang, sampai kat USS jumpa member bob dan dia ada 2 tiket lebih untuk express tiket. Kitorang mmg tak tahu ape tu expresss tiket and rupanye kalo ada tiket nie tak perlu nk beratur panjang. Mmg sangat berguna dan banyak jimat masa. So recommended kalo nak main semua yang ada kat  USS baik beli express tiket, harga dia tak tahu lah tapi sangat jimat sebab kitorang abis pusing USS dalam masa 3 jam aje...kitorang abis dalam pukul 2.30 ptg. Kul 3 ptg kitorang pun gerak balik naik bas dari sentosa terus ke CIQ JB.




Friday 27 April 2012

VISA US

Tanggal 20hb April 2012, aku telah berjaya dapat VISA US walaupun aku tak tahu bile aku bole pergi ke US.
Berdebar jugak pergi interview dia tapi bab paling sengal aku rasa bile aku rasa passport aku hilang. Aku terlupa yang actually aku dah kasik passport aku kat kaunter visa tadi. so aku pun buat selamber aje teruskan niat aku. Alhamdullilah tak sampai 10 minit interview aku lepas dapat kertas putih.

Cara-cara membuat visa:

1) Buat bayaran RM450.00 standard chartered (mungkin berubah mengikut masa). Simpan resit and ambik no ID unik untuk masukkan dlm permohonan visa.
2) Buat gambar background putih untuk permohonan visa.
3) Masukkan laman web US Embassy tu isi borang permohonan Visa. Print Confirmation Visa
4) Then after complete, buat temujanji untuk interview. Print Appointment Confirmation
5) Bawa Surat invitation from US.
6) Surat Pengesahan jawatan.
7) Resit bayaran visa from standard chartered.
8) Bawa gambar.
9) Pergi US Embassy untuk interview.
10) Ambik US visa kat menara MCA sebelah menara citibank jalan ampang kalo berjaya.
7)


walaupun x dapat gi US, ada visa US pun jadi lah...PEACE

p/s: terima kasih banyak2 kepada afdal yang telah banyak membantu dalam membuat US visa.