Saturday 15 February 2014

Kenyir Season Finale



Alhamdullilah berakhirnya trip Kenyir season finale 3 hari 2 malam bermula dari 15-17 Nov 2013. Masih mengekalkan peserta-peserta hardcore trip yang lepas dan menjemput pemancing tegar dari Parit sulung dan Dungun. Perancangan last minutes dan persediaan yang kelam kabut terutamanya bile tukang peram ayam outstation last minit. Terpaksa lah menjadi bidang terjun utk peram ayam dan alhamdullilah ayam berjaya dikeluarkam dari peti sejuk walaupun mengambik masa 40 minit dengan pelbagai usaha utk keluarkn ayam peram dr peti sejuk.

Berlepas lebih kurang pukul 10pg selepas selesai segala urusan duit bot (total cost RM3300), awak2 bot, dan air batu utk bekalan selama 3 hari. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5-6 jam untuk sampai ke taman negara dan sepanjang perjalanan digunakan untuk setting semua joran2 dan lunch di atas bot house.

Sampai aje ke lokasi, masing2 tak sabar nak pergi ke jeram2 untuk layan sentapan2 dari sebarau. Walaupun hanya berjaya menewaskan sekor sebarau aje...macam2 ikan dapat ditewaskan seperti ikan belida, ikan ubi, ikan lampan, dan baung. alhamdullilah semua dapat rasa ikan dari hasil tangkapan sambil berulamkan petai dan sambal belacan, makan di tengah tengah hutan Taman negara dan jauh dari tamadun manusia memberikan seribu ketenangan dan kedamaian.

Seribu perhargaan kepada yang terlibat memjayakan Trip Kenyir Season Finale dan tunggu next our trip untuk memburu ikan2 yang lebih besar dan ganas dalam next season.





No comments:

Post a Comment