Saturday 17 March 2012

New Family Member

Muhammad Ali Arshad

Jumaat 16 March 2012, aku menerima kehadiran seorang ahli baru menjadi anak buah aku yang ke 21. Selamat dilahirkan di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Ali Arshad.

Abg dia, Daniel sangat teruja mendapat adik dan sejak adik dia dilahirkan, dia membahasakan diri dia abang. Marah sapa panggil dia adik lagi dan dia sekarang dah tak bole nak manja2 lagi mcm dulu. Semoga kelahiran baby baru Mohd Fazuan dan Siti Aryani akan menambahkan keceriaan family korang.

Saturday 10 March 2012

Bekam darah

Hari ini aku share pasal bekam darah yang aku buat hari ini. Plan asal nak pergi dengan zahari dan Abg zam tetapi disebabkan komitmen family oleh abg zahari kite, so aku proceed dengan abg zam aje. Mula2 abg zam just nk temankan aje...tapi dia un terjebak sekali buat bekam darah. Meh aku terangkan serba sedikit pasal bekam darah ini.

Bekam Darah

Cerita pasal bekam nie merupakan satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah telah dimodenkan mengikut kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa-sisa toksik dan darah kotor dari badan kita melalui permukaan kulit.

Antara Faedah dia:
1) Membuang racun2/toksik/darah kotor yang boleh menyebabkan senang mendapat penyakit disebabkan oleh pemakanan kita.
2) Memulihkan saraf dalaman tubuh kita.
3) Membolehkan oksigen dapat dialirkan di dalam tubuh kita dengan lancar dan organ2 dalaman kita mendapat oksigen yang mencukupi.
4) Meningkatkan dan menguatkan daya tahan badan serta mencegah penyakit seperti stroke, kencing manis, angin, gout, darah tinggi, sakit sendi, sengal2 badan dan lemah tenaga batin.
5) Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.
6) menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
7) menghentikan menstruansi bagi wanita (baik untuk wanita yang selalu senggugut).

Itu sedikit info pasal bekam. Balik kepada bekam darah yang baru buat, dia ada 2 jarum iaitu jarum pink (agak sakit) dan jarum biru (yang tak tahan sakit). Masa rawatan lebih kurang dalam satu jam lah tetapi bergantung kepada berapa banyak darah yang kuar. Mcm aku tadi bole dikatakan banyak jugak lah darah yang kuar sampai asid urik pun terkeluar sekali. Lepas buat belakang badan aku mmg rasa pedih semacam aje..anyway bekam darah nie adalah bagus untuk kesihatan kita. Harga dia lebih kurang RM100 untuk 10-12 Cop Mohor...

Hasil dari bekam darah (11 Cop Mohor)

Monday 5 March 2012

Cara-cara melupakan bekas kekasaih

Setiap daripada kita mungkin pernah bercinta dan mengalami putus cinta. Sangat susah untuk kite melupakan kekasih lama tetapi kehidupan mesti diteruskan dan kita harus memberi peluang kepada diri kita dan orang lain untuk mencari cinta walaupun cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah.

So ada beberapa cara yang mungkin boleh menolong kita untuk lupakan bekas kekasih.

1) Percaya yang jodoh kita telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Betapa besar sekali pun cinta kita terhadap bekas kekasih kita tetapi jodoh itu Allah yang tetapkan.So anggap ajelah dia bukan yang terbaik untuk kita dan berterima kasih kepada Allah sebab cinta kita tidak berkekalan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita, seseorang yang boleh menutupi kelemahan dan kekurangan kita.

2) Jangan simpan barang-barang bekas kekasih
Mungkin korang nak simpan barang-barang bekas kekasih yang pernah dia kasik dulu sebab itu adalah kenangan yg indah dan manis. Secara jujur kalo betul2 ikhlas nak lupakan bekas kekasih kenapa perlu simpan barang-barang bekas kekasih dan kita harus ingat adakah kita jujur dengan kekasih kita kalo kita masih teringat dan mengingati bekas kekasih kita.

3) Jangan contact bekas kekasih.
Walaupun rindu mcm mane pun, jangan sekali kali try untuk meskol, sms, call, chat,komen status dalam FB dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan daripada kekasih kita terluka dengan perbuatan kita itu kalo kita terus contact bekas kekasih.

4) Lakukan sesuatu yang kita suka.
Mungkin sebelum nie kita jarang buat benda2 yang kita suka sebab setiap masa berkepit dengan bekas kekasih. So gunakan peluang ini untuk lakukan aktiviti2 yang kita suka bersama-sama kawan-kawan seperti camping, main basikal, panjat gunung dan senang cite aktiviti yang bole buat kita lupa tentang bekas kekasih.

5) Jangan bersendirian
Elakkan daripada bersendirian dan ajak kawan-kawan keluar or cari kawan-kawan baru. So nasihat kalo kite bercouple, janganlah kita buang kawan-kawan kita.


Sebelum kita untuk menerima cinta or kekasih lain, pastikan diri kita ini dah bersedia untuk lupakan bekas kekasih kita itu. Jangan bercinta jika kita belum betul2 ikhlas dan jujur untuk lupakan bekas kekasih kita itu kerna ia akan menyebabkan kekasih kita terluka.




Sunday 4 March 2012

BBQ with Geng Kampung


3 March 2012

Hari nie kitorang geng Kampung rancang nk buat BBQ sebagai gathering setelah masing2 membuat haluan masing-masing sejak mendirikan rumah tangga terutama apis, ayin, jeli dan azhar. So komitmen diorang lebih kepada family diorang. kali ini aku ambik giliran untuk membuat BBQ sebagai tuan rumah dan aku dari pagi dah beli bahan mentah untuk membuat BBQ. Tapi sorilah geng, aku tersilap membuat anggaran. Takpe next time aku beli ayam lebih....

Best Friend Forever

Mcm biasa topic malam itu, berkisahkan kehidupan selepas berkawen. Dan orang paling suka kenakan orang adalah apis dan orang yg selalu kena dengan apis adalah ayin. Aku actual agak terkejut bila jumpa azhar, sebab badan dia dah kurus compare tahun lepas aku jumpa badan dia agak gempal. Siasat pun siasat rupanyer dia minum kopi kesihatan, bukan setakat badan aje turun..spek pun dah x pakai sekarang nie. So aku pun nk try lah kopi tu...hopefully rabun aku akan hilang.

Selesai BBQ, kitorang pun melalak karok kat simpang renggam tapi x lama pun 1 jam aje sebab pusat karok nk tutup dah. sempat jugak lah aku belasah 3 lagu mlm tu tapi apis paling banyak nyanyi mlm tu.

Lepas nie tak tahu bile dapat kumpul buat BBQ mcm nie lagi tapi korang mmg geng aku paling best forever dan jangan lupa update news kat whatapps...(ayin, amy,jeli cepat2 install whatapps)

BBQ nite