Monday 5 March 2012

Cara-cara melupakan bekas kekasaih

Setiap daripada kita mungkin pernah bercinta dan mengalami putus cinta. Sangat susah untuk kite melupakan kekasih lama tetapi kehidupan mesti diteruskan dan kita harus memberi peluang kepada diri kita dan orang lain untuk mencari cinta walaupun cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah.

So ada beberapa cara yang mungkin boleh menolong kita untuk lupakan bekas kekasih.

1) Percaya yang jodoh kita telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Betapa besar sekali pun cinta kita terhadap bekas kekasih kita tetapi jodoh itu Allah yang tetapkan.So anggap ajelah dia bukan yang terbaik untuk kita dan berterima kasih kepada Allah sebab cinta kita tidak berkekalan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita, seseorang yang boleh menutupi kelemahan dan kekurangan kita.

2) Jangan simpan barang-barang bekas kekasih
Mungkin korang nak simpan barang-barang bekas kekasih yang pernah dia kasik dulu sebab itu adalah kenangan yg indah dan manis. Secara jujur kalo betul2 ikhlas nak lupakan bekas kekasih kenapa perlu simpan barang-barang bekas kekasih dan kita harus ingat adakah kita jujur dengan kekasih kita kalo kita masih teringat dan mengingati bekas kekasih kita.

3) Jangan contact bekas kekasih.
Walaupun rindu mcm mane pun, jangan sekali kali try untuk meskol, sms, call, chat,komen status dalam FB dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan daripada kekasih kita terluka dengan perbuatan kita itu kalo kita terus contact bekas kekasih.

4) Lakukan sesuatu yang kita suka.
Mungkin sebelum nie kita jarang buat benda2 yang kita suka sebab setiap masa berkepit dengan bekas kekasih. So gunakan peluang ini untuk lakukan aktiviti2 yang kita suka bersama-sama kawan-kawan seperti camping, main basikal, panjat gunung dan senang cite aktiviti yang bole buat kita lupa tentang bekas kekasih.

5) Jangan bersendirian
Elakkan daripada bersendirian dan ajak kawan-kawan keluar or cari kawan-kawan baru. So nasihat kalo kite bercouple, janganlah kita buang kawan-kawan kita.


Sebelum kita untuk menerima cinta or kekasih lain, pastikan diri kita ini dah bersedia untuk lupakan bekas kekasih kita itu. Jangan bercinta jika kita belum betul2 ikhlas dan jujur untuk lupakan bekas kekasih kita itu kerna ia akan menyebabkan kekasih kita terluka.




No comments:

Post a Comment