Saturday 10 March 2012

Bekam darah

Hari ini aku share pasal bekam darah yang aku buat hari ini. Plan asal nak pergi dengan zahari dan Abg zam tetapi disebabkan komitmen family oleh abg zahari kite, so aku proceed dengan abg zam aje. Mula2 abg zam just nk temankan aje...tapi dia un terjebak sekali buat bekam darah. Meh aku terangkan serba sedikit pasal bekam darah ini.

Bekam Darah

Cerita pasal bekam nie merupakan satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah telah dimodenkan mengikut kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa-sisa toksik dan darah kotor dari badan kita melalui permukaan kulit.

Antara Faedah dia:
1) Membuang racun2/toksik/darah kotor yang boleh menyebabkan senang mendapat penyakit disebabkan oleh pemakanan kita.
2) Memulihkan saraf dalaman tubuh kita.
3) Membolehkan oksigen dapat dialirkan di dalam tubuh kita dengan lancar dan organ2 dalaman kita mendapat oksigen yang mencukupi.
4) Meningkatkan dan menguatkan daya tahan badan serta mencegah penyakit seperti stroke, kencing manis, angin, gout, darah tinggi, sakit sendi, sengal2 badan dan lemah tenaga batin.
5) Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.
6) menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
7) menghentikan menstruansi bagi wanita (baik untuk wanita yang selalu senggugut).

Itu sedikit info pasal bekam. Balik kepada bekam darah yang baru buat, dia ada 2 jarum iaitu jarum pink (agak sakit) dan jarum biru (yang tak tahan sakit). Masa rawatan lebih kurang dalam satu jam lah tetapi bergantung kepada berapa banyak darah yang kuar. Mcm aku tadi bole dikatakan banyak jugak lah darah yang kuar sampai asid urik pun terkeluar sekali. Lepas buat belakang badan aku mmg rasa pedih semacam aje..anyway bekam darah nie adalah bagus untuk kesihatan kita. Harga dia lebih kurang RM100 untuk 10-12 Cop Mohor...

Hasil dari bekam darah (11 Cop Mohor)

No comments:

Post a Comment