Saturday 4 February 2012

Journey to Bukit Fraser



Otak aku sangat serabut sekali minggu nie memikirkan bermacam-macam benda. Memikirkan nasib badan yang entah lah ape nak jadi dengan aku ini. So cuti 3 hari ini mmg aku xde plan nk balik kampung dan aku plan pergi ke tempat yang bole buat aku berfikir dengan tenang. Puas aku cari tempat untuk aku pergi, akhirnya otak aku triggered untuk pergi ke Bukit Fraser. Aku mmg x plan ape2 pun pasal trip ke Bukit Fraser. Aku main redah aje.


Kali ini, Mohammad Faizal menemani aku untuk pergi ke Bukit Fraser. Bertolak dari Teratak Bujang pukul 9.10pg,terus pick up faizal. Sarapan di depan sekolah menengah kat kemasik layan roti sarbin dgn telur separuh masak 2 biji. Lepas sarap, aku terus gerak pergi ke Bukit Fraser melalui jalan lama. Berhenti solat jumaat di maran dan lunch di Temerloh. Mencari patin tempoyak, aku tuju Gerai Bukit Berangin dan rezeki kitorang Patin tempoyak masih ada. Rasa dia mmg terbaik dan harga dia pun tahan jugak lah.


Berbekalkan Peta Malaysia yang mmg menjadi khazanah kereta aku, kitorang pergi ikut bentong potong raub untuk ke Bukit Fraser. Masuk bentong masih banyak kereta tapi once kitorang masuk jalan ke Bukit Fraser, suasana jalan dia agak sunyi dan horror. Di tambah hujan lebat bila kitorang start masuk kawasan banjaran Titiwangsa membuat aku sangat risau. Kiri kanan jalan ada sahaja kejadian tanah runtuh yang kelihatan masih baru aje terjadi membuat aku berfikir kalo kitorang masuk gaung then tertimbus tanah runtuh confirm mmg xde orang yang tahu. membuat aku memecut Sang Hitam dengan lebih laju dan ditambah jalan yang berliku-liku mmg memguji kecekapan aku memandu sang hitam.


Alhamdullilah, akhirnya kitorang pun sampai dengan selamat di Gap (kaki bukit Fraser) tanpa terjadi perkara2 yang tidak diingini. Suhu yang tercatat adalah 16 degree C dengan suhu paling sejuk pernah mencecah sehingga 14 degree C. Boleh dikatakan Bukit Fraser ini adalah tempat untuk menenangkan fikiran, jauh dari kesibukan kota dengan menghirup udara yang sedar. so kalo rasa pergi untuk berseronok bukit fraser bukan tempatnya. Best untuk jungle trekking, main basikal dan santai2 bersama family.


Setelah serik pergi ikut raub, kitorang pun balik ikut kuala kubu. Jalan dia lebih selamat dan luas dari raub ke Bukit Fraser. So kepada sesape yang nk pergi ke Bukit Fraser, tidak digalakkan pergi ikut raub, lebih selamat ikut Kuala Kubu Baru...



No comments:

Post a Comment