1508 > alfonso de la boorg menyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.
1509> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
Oct 1511> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
feb 1512 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...
Semiggu selepas FEB 1512> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.
Perisik 1.2.3 : selamat pagi tuan ( sambil bertabik)
al fonso : selamat pagi
Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang
al fonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu man,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang.
Sunday, 20 June 2010
Thursday, 13 May 2010
Rewang
Mungkin ada orang tak tahu, ape tu rewang???so biar aku explain sikit pasal rewang nie...rewang mungkin untuk masyarakat jawa aje kot, sebab aku biasa dengar kat area2 johor aje or kat kawasan2 yang ada orang jawa orang cakap rewang. So aku explain rewang yang ada di kampung aku or area kawasan benut. (mostly ramai jawa kat benut nie..hehehe)
Rewang ni senang cakap gotong royong memasak untuk majlis perkahwinan. Kat kampung aku, kalo ada orang yang nk buat majlis kawin kena pilih tarikh supaya tak bertindih sebab takut orang rewang penat pulak kalo buat serentak. Biasanye orang kawen 2 hari aje lah kan..so rewang start dari ari pertama lepas zohor lebih kurang dlm kul 2.00-2.30ptg lah...orang kampung akan mula datang ke rumah tuan rumah yang akan mengadakan majlis perkahwinan tersebut...so dulu masa aku stay kat kg, aku antara orang yang rajin jugak lah gi rewang...kalo tak confirm telinga aku panas aje sampai lah aku gi rewang...so aku biasa akan pergi kalo x ptg mlm lah...dan biasa member2 rewang aku adalah jeli, ayin dan apis...tapi sekarang nie diorang semua dah merantau ke luar mcm aku jugak...dah lama aku x gi rewang..hahhaa
Antara keje-keje yang dibuat oleh orang lelaki adalah basuh ayam, kupas bawang, kupas nenas, masak air, potong2 daging, masak ayam dan segalalah keje2 yang ada kat luar umah. Orang pompuan pulak, more focus keje2 dlm rumah mcm sediakan nasi dan lauk untuk kasik orang2 rewang makan, buat kuih dan sebagainyer..aku x brape tahu scope of work keje-keje orang pompuan nie...huhuhu
so mlm rewang tu pulak, tinggal orang muda dan bujang aje yang dtg rewang...sebab x banyak keje dah tinggal untuk orang2 tua...mlm nie keje2 dia banyak mengisar lah...then kul 3-4pg baru diorang start masak untuk lauk esok...so kekadang mmg x tido satu mlm lah...record aku balik paling lewat kul 6 pg...so faham2 ajelah, kalo dah balik lewat sok nyer gi rewang mmg lambat lah...
hari majlis tu, mmg dah start busy lah...angkat hidang, basuh pinggan,basuh cawan, kekadang aku tgk jugak cara2 memasak nasi kat dapur tu...seronok belaja masak2 nie...hehehe.
biasa pagi itu, tuan rumah akan kasik tuala good morning lah...so acara majlis mcm biasa lah orang kawen...
So aku dah cukup penat handle majlis kawen 2 orang akak dan 2 org abg aku...sungguh memenatkan...buat majlis 2 hari aje, tapi pre ambik 2 minggu then post pulak ambik 2 minggu, baru semua settle...
tapi bagusnyer rewang nie, kite dapat mengeratkan ikatan silatulrahim sesama orang2 kg...dan jadi mesra dengan orang2 kg jugak..so next time kalo ada masalah, mintak tolong senang aje...bagusnye rewang nie, kite dapat belaja hidup bermasyarakat xde lah hidup sorang2 aje...sesetengah orang kata, jangan jaga tepi kain orang,kubur masing2.tapi diorang lupa, mmg lah kubur masing2 tapi kalo mati ingat boleh dikuburkan sendiri ker...masyarakat jugak yang akan urusan semua tu....kena lah pepandai hidup bermasyarakat.

Saturday, 8 May 2010
Ikan Pari Pais
Ikan pari pais merupakan salah satu produk company "3 Bujang Menganggur" yang laris di bazar ramadan Benut. Nak share buat sambal ikan pari pais.
Bahan-bahan membuat Sambal.
1) Lada kering yang direbus dan dibuang bijinya. Amount ikut suka hati lah...
2) Bawang besar
3) Bawang kecik
4) Bawang putih
5) Halia sikit.
6) Kunyit sikit
7) Serai dipotong halus dan 3 batang serai yang diketuk.
8) Sos tomato sikit.
9) Gula merah sikit.
10) Asam Jawa
Cara membuat sambal.
1. Lada kering dikisar hingga halus dan asingkan. Kisar bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit dan serai.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bahan2 bawang kisar tadi dan serai yang diketuk. Masak sehingga naik bau dan masukkan lada kering yang telah dikisar. rebus hingga mendidih dan lada kering tadi masak.
3. Masukkan sos tomato (jumalah ikut lidah lah) dan kacau hingga sebati. selepas itu, masukkan air asam jawa dan kacau hinggan sebati.
4. masukkan gula merah sikit dan campur dengan gula putih.biar rasa dia manis sikit untuk hilangkan rasa pedas. then kasik garam secukup rasa.
5. Kacau sehingga bebetul cukup masak dan siap lah sambal ikan pari pais.
Ikan Pari Pais.
1. Ikan Pari tuka(nk guna ikan lain pun takpe) yang telah disiang bersih di sapu dengan serbuk kunyit sikit.
2. Bakar ikan pari macam biasa. terbalikkan ikan dan siram ikan dengan sambal tadi. Bakar hingga ikan pari cukup masak.
3. Angkat ikan pari yang dah siap bakar tadi dan disediakan bersama limau kasturi.
Masa nak makan nanti, peras limau kasturi kat atas ikan pari pais.

Laksa Johor
Laksa johor adalah salah satu menu yang aku pernah jual pada suatu masa dulu. So aku just nak share resipi laksa johor.
Bahan-Bahan untuk kuah.
1. Bawang Besar ikut rasa sendiri.
2. Bawang kecik, nk sedap banyak sikit.
3. Lengkuas (agak2 lah jangan terlalu banyak)
4. Bawang putih ikut lidah sendiri lah.
5. Lada kering yang telah direbus dan dibuang bijinya. Agak2 lah nk pedas banyak sikit.
6. Serai yang dipotong-potong halus.
7. Halia sikit.
8. Udang kering sikit yang dikisar halus. (nak lagi sedap bubuh banyak sikit)
9. Ikan kembung yang telah direbus. (kalo banyak duit boleh pakai ikan tenggiri)kali nk sedap ikan banyak sikit lah.
10. Kerisik kelapa or kalo xde santan pekat.
11. Kari ikan (recommanded Alagapas...hehehe)
Cara membuat Kuah laksa johor.
1. Ikan kembung yang telah direbus tadi, diambil isinya (duri ikan buanglah) then blender isinya. Nak sedap guna air rebusan ikan tadi untuk blender. Dah siap letak kat dalam periuk.
2. Kisar lada kering dan asingkan. kisar bawang putih, bawang besar, bawang kecik, halia, lengkuas dan serai.
3. rebus isi ikan yang dikisar tadi then agak2 nk mendidih campurkan pulak bawang putih, bawang besar, bawang kecik, halia, lengkuas dan serai yang telah dikisar tadi dan masukkan sekali lada kering yang telah dikisar. kacau hingga sebati.
4. Dah sebati, masukkan serbuk kari ikan dan udang kering yang telah dikisar. kacau hingga mendidih. Kasik kari agak2 lah, kalo nk nampak cantik kasik banyak sikit biar x nampak pucat.
5. Akhir sekali bila dah mendidih, masukkan kerisik kelapa atau santan pekat. Kacau hingga sebati dan mendidih. masukkan garam dan gula sikit. Rasa sikit kuah dia, kalo semua rasa dah cukup boleh biar sampai mendidih dlm 10 minit hingga 15 minit. Baru matikan api dapur.
So dah siap buat kuah dia. Sekarang sediakan pulak spageti.
1. spageti 1 bungkus (depend lah nk makan brape orang, tapi boleh jugak guna mee laksa biasa)
Cara memasak.
Rebus air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan spageti tadi dlm air mendidih dan kasik minyak masak dan garam. Minyak itu untuk memastikan spageti nanti tak mengumbal. masak hingga spageti lembut dan tos spageti tadi dan biarkan sejuk.
Ulam-ulam ini ikut cirasa korang lah. nie yang standard punya.
1. Taugeh
2. Bawang besar
3. Daun selasih kalo ada.
4. Sambal belacan.
5. Limau kasturi
6. Telur puyuh or telur ayam kalo nk letak lah.
7. Timun yang dipotong2 lujur.
Cara makan, letak spageti dan ulam2 then siram dengan kuah laksa, baru peras dengan limau kasturi.
Tuesday, 27 April 2010
Sukan baik untuk kesihatan
Almost seminggu tak update or no new entry baru..sebab aku pun xde benda aper yang nk tulis...cuma bebaru nie busy dengan sukan.
**********
Bila sebut pasal sukan nie, sukan paling aku minat adalah bola sepak. Dari kecik sampai lah sekarang bola sepak tu macam dah melekat kat jiwa aku...(malas aku nk kasik peribahasa lama yang diberi nafas oil and gas). Pantang nampak benda bulat kat lantai, mesti kaki aku nak sepak.
Aku ingat lagi masa aku mula-mula duty report. Masa tu memang aku takde kerje, sebab pc pun xde lagi..hari-hari menghadap IMS Resak, Resak manual, PPGUA dan WRM sampai aku rasa 2 3 kali jugak lah aku katam PPGUA dengan WRM tu(new revision tak baca lagi).Then aku kenal lah sorang mamat nie dok depan workstation aku..gaya kerek semacam jugak. Entah mcm mane aritu, dia boleh ajak aku main futsal lawan antara OPU..aku pun layankan aje. Keputusan memang mengecewakan lah..tak pernah menang2 kalo lawan inter OPU sampai tournament tu pun dah x wujud lagi.
Tu lah start aku terjebak dengan bola kat PMO nie...after inter OPU tu, ada pulak sukan inter department. aku mmg tak tahu aper2 berita sebab pc xde, then member aku yang duduk depan aku yang nampak kerek semacam aje tu pun ajak aku main takraw..seriusly aku memang x pernah main takraw tapi bila orang ajak aku layankan aje...then aku masuk bola sepak padang dan futsal. Kalah menang tu adat permainan...(mcm workover jugak, fail dan success adalah adat bekerja) yang penting dari situ aku dapat kenal ramai kawan baru.
tetiba banyak pulak idea aku nk cerita nie, sampai tak tahu mana satu aku nk tulis...hehehehe...
*********
Sukan yang aku terlibat dalam minggu lepas dan minggu nie.
1. Bola sepak - Keputusan tak layak ke separuh akhir, walaupun raul gonzalez x dapat score tapi tapi buat skill backheel pun dah puas....hehehe.
2. Volleyball - sebagai back up player then masuk dah last2 minit...tapi paling best, last serve aku kena buat, then apa lagi mmg aku attack lubuk terbesar team lawan lah (nama dia I_ _ _ ) dia tak puas hati 1 serve aku, kata bola kuar...aku dah cuak,nasib 2nd serve dia pun x leh angkat....hahahaha
3. Basketball - Actual aku tak masuk nama pun, tapi bila si YUS tetiba call aku cakap xde orang ditambah lagi dengan dia kata Ocha main(dlm otak aku ocha pun x tahu main), aku ape lagi terus ON lah...sekali datang aku dengan YUS aje, si Ocha boleh pulak dtg tgk aje...nasib dapat score sebijik walaupun mlm tu team aku pasukan belasahan. Tapi YUS top scorer lah untuk team aku...(puji sikit kasik kembang seluar dlm dia...hehehehe)
4. Squash - Nie pun sukan yang aku tak pernah try...still trauma dengan pengalaman bermain dengan bebudak PPP...tapi aku try untuk hilangkan rasa trauma tu walaupun masa teriyang-iyang kena bola squash.
Nie lah ocha...atau nama sebenar dia Adzuan Faizal. Anak dah nk masuk 2 orang...(Aku try cari gambar yus takde lah..takpe..nanti aku usahakan)Thursday, 22 April 2010
Orang yang mencintai kamu
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apakah gemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkankamu.
18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!

Wednesday, 21 April 2010
Diri kita
Diri kita ni dipecahkan kepada 4 bahagian. Sebahagian MASTER aku cerita hari ini.
1) Diri terdiri iaitu jasmani atau tubuh fizikal kita..kulit,mata,telinga,mulut dll yang kita boleh lihat dan rasa dengan tangan mata dll. Diri ni kalau kena pisau..luka, sakit..kalau tak makan, lapar dll.
2) Diri terperi iaitu diri batin kita..ini lah diri yang travel dan mengembara bila kita tidur. Diri ini kalau cukup kuat dan sensitif..akan mudah mendapat petanda2 dari alam atau mimpi2 yang macam2. Diri terperi inilah juga yang merasakan cinta, sedih, gembira dll...sehinggakan terkesan pada diri terdiri yang akan mengeluarkan air mata, senyum dll
3)Diri empunya diri...iaitu diri rohani kita...yang suci dan murni..yang ini...pada tahap ketuhanan...
4) Diri yeng memiliki diri...ini tersangat rahsia. kalau dalam solat...jadi tak khusyuk sebab diri terperi tak ikut perintahal contoh...kita solat tapi masih mikir benda lain..sebab diri terperi ni takde sekali masa berdiri atas sejadah

Subscribe to:
Posts (Atom)