Saturday 8 May 2010

Ikan Pari Pais

Ikan pari pais merupakan salah satu produk company "3 Bujang Menganggur" yang laris di bazar ramadan Benut. Nak share buat sambal ikan pari pais.

Bahan-bahan membuat Sambal.

1) Lada kering yang direbus dan dibuang bijinya. Amount ikut suka hati lah...
2) Bawang besar
3) Bawang kecik
4) Bawang putih
5) Halia sikit.
6) Kunyit sikit
7) Serai dipotong halus dan 3 batang serai yang diketuk.
8) Sos tomato sikit.
9) Gula merah sikit.
10) Asam Jawa

Cara membuat sambal.

1. Lada kering dikisar hingga halus dan asingkan. Kisar bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit dan serai.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bahan2 bawang kisar tadi dan serai yang diketuk. Masak sehingga naik bau dan masukkan lada kering yang telah dikisar. rebus hingga mendidih dan lada kering tadi masak.
3. Masukkan sos tomato (jumalah ikut lidah lah) dan kacau hingga sebati. selepas itu, masukkan air asam jawa dan kacau hinggan sebati.
4. masukkan gula merah sikit dan campur dengan gula putih.biar rasa dia manis sikit untuk hilangkan rasa pedas. then kasik garam secukup rasa.
5. Kacau sehingga bebetul cukup masak dan siap lah sambal ikan pari pais.

Ikan Pari Pais.

1. Ikan Pari tuka(nk guna ikan lain pun takpe) yang telah disiang bersih di sapu dengan serbuk kunyit sikit.
2. Bakar ikan pari macam biasa. terbalikkan ikan dan siram ikan dengan sambal tadi. Bakar hingga ikan pari cukup masak.
3. Angkat ikan pari yang dah siap bakar tadi dan disediakan bersama limau kasturi.


Masa nak makan nanti, peras limau kasturi kat atas ikan pari pais.

Sekadar hiasan sahaja.

1 comment: