Wednesday 21 April 2010

Diri kita

Diri kita ni dipecahkan kepada 4 bahagian. Sebahagian MASTER aku cerita hari ini.

1) Diri terdiri iaitu jasmani atau tubuh fizikal kita..kulit,mata,telinga,mulut dll yang kita boleh lihat dan rasa dengan tangan mata dll. Diri ni kalau kena pisau..luka, sakit..kalau tak makan, lapar dll.

2) Diri terperi iaitu diri batin kita..ini lah diri yang travel dan mengembara bila kita tidur. Diri ini kalau cukup kuat dan sensitif..akan mudah mendapat petanda2 dari alam atau mimpi2 yang macam2. Diri terperi inilah juga yang merasakan cinta, sedih, gembira dll...sehinggakan terkesan pada diri terdiri yang akan mengeluarkan air mata, senyum dll

3)Diri empunya diri...iaitu diri rohani kita...yang suci dan murni..yang ini...pada tahap ketuhanan...

4) Diri yeng memiliki diri...ini tersangat rahsia. kalau dalam solat...jadi tak khusyuk sebab diri terperi tak ikut perintahal contoh...kita solat tapi masih mikir benda lain..sebab diri terperi ni takde sekali masa berdiri atas sejadah

No comments:

Post a Comment