Monday, 2 August 2010

Kehilangan

2 August 2010, Seorang pakcikku telah menghadapi Ilahi jam 4.00pg di Hospital Besar Pontian. Al-Fatihah kepada roh pakcik aku, Bodo' bin Supoh, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Kenangan yang sentiasa aku ingatsemasa aku kecik-kecik,time raya arwah tidak pernah lupa untuk kasik duit raya kepada aku. walaupun matanya buta, tapi hatinya sentiasa terang. Ingat lagi masa kecik2 dulu, aku sentiasa tolong arwah kalo arwah nak pegi ke mana-mane kalo dia datang rumah aku. Arwah akan datang ke rumah aku selang 2 or 3 hari, selepas solat asar, arwah akan datang rumah aku. Then arwah akan balik lepas waktu isyak. Ingat lagi masa, family aku xde motor kapcai, arwah akan balik jalan kaki sorang2. then bila family aku mampu untuk beli motor kapcai, aku akan hantar arwah balik rumah...kalo bukan aku pun kekadang abang aku akan hantar arwah.

Peristiwa yang aku tak boleh lupa sehingga menyebabkan arwah tidak boleh berjalan. Hari tu aku memang plan untuk ponteng sekolah. Then arwah ayah aku pun ajak aku pergi ke rumah arwah untuk betulkan dapur dia yang rosak..katanye dapur dah rosak. So aku dengan malasnyer pun pergi ke rumah arwah dengan arwah ayah aku. Sampai kat umah arwah, aku pun cari manggis kat halaman rumah arwah dan arwah ayah aku pun memberi salam beberape kali tapi tidak menjawab. Lastly, aku terdengar arwah pakcik aku meminta tolong. Rupanyer dia terjatuh dan tersempit kat pelantar dapur dia since sebelum subuh hingga lah aku jumpa dalam kul 10 pagi. Mujur lah aku dengan arwah ayah aku datang rumah arwah, kalo tidak aku pun tidak tahu aper yang akan terjadi kepada arwah pakcik aku itu. Sejak dari peristiwa itu, arwah pakcik aku tidak boleh berjalan lagi dan terpaksa berbaring sepanjang hari.

Walaupun arwah seorang yang buta, tapi arwah seorang yang kuat bertani dan kuat beribadat. Aku tidak dapat memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah. aku hanya mempu doakan dan sedekah surah al-fatihah dan surah yassin kepada roh dia. Amin.

Sunday, 18 July 2010

Water Rafting at Slim River

Dah lama aku plan nak gi water rafting nie since bulan Jan 10 lagi, 1st attempt terpaksa di tunda disebabkan kekurangan orang. Aku membuat 2nd dan last attempt untuk bermain water rafting, sambutan mula2 nampak mcm ramai. then sorang2 tarik diri...hingga yang confirm 4 orang aje. Masa tu aku dah start pening pale untuk mencari orang, at least dapat 5 orang pun jadi lah tapi susah betul lah nk cari orang yang ke-5 tu. Abis tebal muka aku tanya sorang-sorang member aku nk join tak..semua jawapan mengecewakan. lastly, tanpa diduga ada jugak orang yang nk join walaupun sebenarnye aku tak expect pun dia nk join (siap tambah 3 org lagi,mmg best lah)...aku tak tahu macam mane nk berterima kasik kat dia,tanpa dia, aku pun x tahu ape nk jadi dengan nasib water rafting aku nie..

*******************



17 July 2010

00:00: Aku dan edde bermalam di rumah bob (Thank you bebanyak bob kasik tumpang rumah ko). Sebelum tido mengumpat dan mengutuk sorang member aku (ex coursemate) yang dah berlagak dan tak kenal member. Aku dan edde dah sepakat delete no hp dia....

06:00 : Bangun dari tido, kul 06.15 pg meskol ayed tak x jawap2 (ayed kalo dah tido, mmg susah nk bangun). Bob call dia pun x jawap, assume dia dah bangun. kitorang pun bersiap2 sebab janji kul 7.00pg jumpa kat restoran Khalifah SS 7 Shah alam.

07:00 : Ayed tak tak sampai-sampai lagi, then call kata shah alam traffic jam.(boleh caya ke shah alam, weekend, kul 7.00 pg jalan jam)..tunggu pun ya tunggu (orang kata kalo tanam tembikai, dah boleh buat jus tembikai). Sampai rumah bob kul 7.20..terus gerak. Dalam kete mmg ayed jadi bahan utama lah...mmg best giler. Sekali dah nk sampai restoran khalifah, aku baru perasan dompet tertinggal kat rumah bob. Terpaksa patah balik dan ayed ada modal nk defend diri dia...

07.45 : Sampai restoran khalifah, order punya lah cepat roti telur dan teh tarik...tapi sampai 20 minit lepas tu. Hampeh punya mamak, aku terus banned kedai tu...hahaha

08:20 Siap breakfast terus gerak tapi group satu lagi request nk isi minyak jap...aduh, terpaksa layan. kalo tahu dia nk isi minyak mmg suruh dia gerak dulu. Dah lah janji dengan organizer kul 9 pg jumpa kat tol Tg.Malim. Sekali lama pulak brother tu isi minyak, siap boleh service kete pulak tu...kul 8.40 baru gerak kuar dari shah alam. Macam biasa lah, kalo dah lama nie tekan minyak mmg tak ingat lah..harap2 takde speed trap lah...

09:15 : Sampai tol Tg. Malim, terus gerak pergi ke ulu slim river. Lama jugak lah follow brother tu gi ulu slim river sebab dia naik 125Z.

10:30 : Start water rafting, edde, ayed, bob dan aku dalam satu group. Belajar lah common2 water rafting macam over left, over right, move forward, move back, hold on, sit in, back paddle, forward paddle dan last sekali paddle up. guider kitorang brother ges dan ayed. Experience paling best sekali, raft kitorang tergolek kat jeram kotak...panik jap lah. Tapi paling panik ayed lah...lawak giler...hahaha...

14:15 : Sampai check point last,dan kitorang pun plan nk buat raft tergolek sekali lagi...mmg best dapat main dengan air...hahaha.

15:30 : Gerak balik ke shah alam. Singgah jap kat seksyen 7, belasah durian D40..4 orang 2 biji hampir2 tak abis...layan giler durian dia.

17:30 : Selamat sampai rumah bob dan kitorang pun start berpisah mencari haluan masing-masing.

Overall trip kali nie mmg sangat best dan enjoy. Edde, ayed dan Bob, korang mmg best sebab semua otak giler2.

Thursday, 15 July 2010

My MASTER


Hari ini khamis 15 July 2010, merupakan hari yang paling aku tak suka dan hari yg emosional bagi aku sebab merupakan hari terakhir bagi master aku atau aku senang panggil sifu berada diorganisasi PPP dan PCSB.


Aku mula rapat dengan sifu since bulan Jan 2010 kalo tak silap aku,masa tu dia banyak memberi aku nasihat dan tunjuk ajar. Nasihat sangat sangat berguna dan tidak ternilai yang sukar aku dapat kan dari seorang kawan, sorang yang aku panggil sifu. Pagi tadi aku pergi meja dia dan aku seolah tidak dapat terima barang-barang kat meja dia tinggal sikit saje dan hari ini merupakan hari yang terakhir dia duduk di workstation. Nampaknyer aku akan merindui untuk berjalan dan merayap dia meja dia lagi...hahaha


Kehilangan sifu merupakan sesuatu yang sangat akan aku rasai, tiada lagi communicator, tiada lagi breakfast bersama, keluar lunch sesama, email2 yang best, tiada lagi cerita-cerita masa depan, tiada lagi pemberi semangat, tiada pantun, dan sebagai nyer...


Sifu banyak ajar tentang kehidupan, agama dan masa depan.....aku harap,ini bukan lah penghujung sebuah persahabatan.


Persahabatan ada seperti Iklan ALI CAFE "Teman Sejati Sentiasa di Hati".


Thank Ahmad Zahari B Mat Silit kerana menjadi sahabatku dan sifuku.Kenangan terakhir bergambar di work station dia.



Sunday, 20 June 2010

Kenapa Portugis tak serang Kedah dan P.Pinang

1508 > alfonso de la boorg menyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

feb 1512 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Semiggu selepas FEB 1512> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso


Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

Perisik 1.2.3 : selamat pagi tuan ( sambil bertabik)
al fonso : selamat pagi
Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang
al fonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu man,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang.

Thursday, 13 May 2010

Rewang

Mungkin ada orang tak tahu, ape tu rewang???so biar aku explain sikit pasal rewang nie...rewang mungkin untuk masyarakat jawa aje kot, sebab aku biasa dengar kat area2 johor aje or kat kawasan2 yang ada orang jawa orang cakap rewang. So aku explain rewang yang ada di kampung aku or area kawasan benut. (mostly ramai jawa kat benut nie..hehehe)

Rewang ni senang cakap gotong royong memasak untuk majlis perkahwinan. Kat kampung aku, kalo ada orang yang nk buat majlis kawin kena pilih tarikh supaya tak bertindih sebab takut orang rewang penat pulak kalo buat serentak. Biasanye orang kawen 2 hari aje lah kan..so rewang start dari ari pertama lepas zohor lebih kurang dlm kul 2.00-2.30ptg lah...orang kampung akan mula datang ke rumah tuan rumah yang akan mengadakan majlis perkahwinan tersebut...so dulu masa aku stay kat kg, aku antara orang yang rajin jugak lah gi rewang...kalo tak confirm telinga aku panas aje sampai lah aku gi rewang...so aku biasa akan pergi kalo x ptg mlm lah...dan biasa member2 rewang aku adalah jeli, ayin dan apis...tapi sekarang nie diorang semua dah merantau ke luar mcm aku jugak...dah lama aku x gi rewang..hahhaa

Antara keje-keje yang dibuat oleh orang lelaki adalah basuh ayam, kupas bawang, kupas nenas, masak air, potong2 daging, masak ayam dan segalalah keje2 yang ada kat luar umah. Orang pompuan pulak, more focus keje2 dlm rumah mcm sediakan nasi dan lauk untuk kasik orang2 rewang makan, buat kuih dan sebagainyer..aku x brape tahu scope of work keje-keje orang pompuan nie...huhuhu

so mlm rewang tu pulak, tinggal orang muda dan bujang aje yang dtg rewang...sebab x banyak keje dah tinggal untuk orang2 tua...mlm nie keje2 dia banyak mengisar lah...then kul 3-4pg baru diorang start masak untuk lauk esok...so kekadang mmg x tido satu mlm lah...record aku balik paling lewat kul 6 pg...so faham2 ajelah, kalo dah balik lewat sok nyer gi rewang mmg lambat lah...

hari majlis tu, mmg dah start busy lah...angkat hidang, basuh pinggan,basuh cawan, kekadang aku tgk jugak cara2 memasak nasi kat dapur tu...seronok belaja masak2 nie...hehehe.
biasa pagi itu, tuan rumah akan kasik tuala good morning lah...so acara majlis mcm biasa lah orang kawen...

So aku dah cukup penat handle majlis kawen 2 orang akak dan 2 org abg aku...sungguh memenatkan...buat majlis 2 hari aje, tapi pre ambik 2 minggu then post pulak ambik 2 minggu, baru semua settle...

tapi bagusnyer rewang nie, kite dapat mengeratkan ikatan silatulrahim sesama orang2 kg...dan jadi mesra dengan orang2 kg jugak..so next time kalo ada masalah, mintak tolong senang aje...bagusnye rewang nie, kite dapat belaja hidup bermasyarakat xde lah hidup sorang2 aje...sesetengah orang kata, jangan jaga tepi kain orang,kubur masing2.tapi diorang lupa, mmg lah kubur masing2 tapi kalo mati ingat boleh dikuburkan sendiri ker...masyarakat jugak yang akan urusan semua tu....kena lah pepandai hidup bermasyarakat.

Saturday, 8 May 2010

Ikan Pari Pais

Ikan pari pais merupakan salah satu produk company "3 Bujang Menganggur" yang laris di bazar ramadan Benut. Nak share buat sambal ikan pari pais.

Bahan-bahan membuat Sambal.

1) Lada kering yang direbus dan dibuang bijinya. Amount ikut suka hati lah...
2) Bawang besar
3) Bawang kecik
4) Bawang putih
5) Halia sikit.
6) Kunyit sikit
7) Serai dipotong halus dan 3 batang serai yang diketuk.
8) Sos tomato sikit.
9) Gula merah sikit.
10) Asam Jawa

Cara membuat sambal.

1. Lada kering dikisar hingga halus dan asingkan. Kisar bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit dan serai.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bahan2 bawang kisar tadi dan serai yang diketuk. Masak sehingga naik bau dan masukkan lada kering yang telah dikisar. rebus hingga mendidih dan lada kering tadi masak.
3. Masukkan sos tomato (jumalah ikut lidah lah) dan kacau hingga sebati. selepas itu, masukkan air asam jawa dan kacau hinggan sebati.
4. masukkan gula merah sikit dan campur dengan gula putih.biar rasa dia manis sikit untuk hilangkan rasa pedas. then kasik garam secukup rasa.
5. Kacau sehingga bebetul cukup masak dan siap lah sambal ikan pari pais.

Ikan Pari Pais.

1. Ikan Pari tuka(nk guna ikan lain pun takpe) yang telah disiang bersih di sapu dengan serbuk kunyit sikit.
2. Bakar ikan pari macam biasa. terbalikkan ikan dan siram ikan dengan sambal tadi. Bakar hingga ikan pari cukup masak.
3. Angkat ikan pari yang dah siap bakar tadi dan disediakan bersama limau kasturi.


Masa nak makan nanti, peras limau kasturi kat atas ikan pari pais.

Sekadar hiasan sahaja.

Laksa Johor

Laksa johor adalah salah satu menu yang aku pernah jual pada suatu masa dulu. So aku just nak share resipi laksa johor.

Bahan-Bahan untuk kuah.

1. Bawang Besar ikut rasa sendiri.
2. Bawang kecik, nk sedap banyak sikit.
3. Lengkuas (agak2 lah jangan terlalu banyak)
4. Bawang putih ikut lidah sendiri lah.
5. Lada kering yang telah direbus dan dibuang bijinya. Agak2 lah nk pedas banyak sikit.
6. Serai yang dipotong-potong halus.
7. Halia sikit.
8. Udang kering sikit yang dikisar halus. (nak lagi sedap bubuh banyak sikit)
9. Ikan kembung yang telah direbus. (kalo banyak duit boleh pakai ikan tenggiri)kali nk sedap ikan banyak sikit lah.
10. Kerisik kelapa or kalo xde santan pekat.
11. Kari ikan (recommanded Alagapas...hehehe)

Cara membuat Kuah laksa johor.

1. Ikan kembung yang telah direbus tadi, diambil isinya (duri ikan buanglah) then blender isinya. Nak sedap guna air rebusan ikan tadi untuk blender. Dah siap letak kat dalam periuk.
2. Kisar lada kering dan asingkan. kisar bawang putih, bawang besar, bawang kecik, halia, lengkuas dan serai.
3. rebus isi ikan yang dikisar tadi then agak2 nk mendidih campurkan pulak bawang putih, bawang besar, bawang kecik, halia, lengkuas dan serai yang telah dikisar tadi dan masukkan sekali lada kering yang telah dikisar. kacau hingga sebati.
4. Dah sebati, masukkan serbuk kari ikan dan udang kering yang telah dikisar. kacau hingga mendidih. Kasik kari agak2 lah, kalo nk nampak cantik kasik banyak sikit biar x nampak pucat.
5. Akhir sekali bila dah mendidih, masukkan kerisik kelapa atau santan pekat. Kacau hingga sebati dan mendidih. masukkan garam dan gula sikit. Rasa sikit kuah dia, kalo semua rasa dah cukup boleh biar sampai mendidih dlm 10 minit hingga 15 minit. Baru matikan api dapur.

So dah siap buat kuah dia. Sekarang sediakan pulak spageti.

1. spageti 1 bungkus (depend lah nk makan brape orang, tapi boleh jugak guna mee laksa biasa)

Cara memasak.

Rebus air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan spageti tadi dlm air mendidih dan kasik minyak masak dan garam. Minyak itu untuk memastikan spageti nanti tak mengumbal. masak hingga spageti lembut dan tos spageti tadi dan biarkan sejuk.

Ulam-ulam ini ikut cirasa korang lah. nie yang standard punya.

1. Taugeh
2. Bawang besar
3. Daun selasih kalo ada.
4. Sambal belacan.
5. Limau kasturi
6. Telur puyuh or telur ayam kalo nk letak lah.
7. Timun yang dipotong2 lujur.

Cara makan, letak spageti dan ulam2 then siram dengan kuah laksa, baru peras dengan limau kasturi.



Sekadar gambar hiasan.