Thursday 15 July 2010

My MASTER


Hari ini khamis 15 July 2010, merupakan hari yang paling aku tak suka dan hari yg emosional bagi aku sebab merupakan hari terakhir bagi master aku atau aku senang panggil sifu berada diorganisasi PPP dan PCSB.


Aku mula rapat dengan sifu since bulan Jan 2010 kalo tak silap aku,masa tu dia banyak memberi aku nasihat dan tunjuk ajar. Nasihat sangat sangat berguna dan tidak ternilai yang sukar aku dapat kan dari seorang kawan, sorang yang aku panggil sifu. Pagi tadi aku pergi meja dia dan aku seolah tidak dapat terima barang-barang kat meja dia tinggal sikit saje dan hari ini merupakan hari yang terakhir dia duduk di workstation. Nampaknyer aku akan merindui untuk berjalan dan merayap dia meja dia lagi...hahaha


Kehilangan sifu merupakan sesuatu yang sangat akan aku rasai, tiada lagi communicator, tiada lagi breakfast bersama, keluar lunch sesama, email2 yang best, tiada lagi cerita-cerita masa depan, tiada lagi pemberi semangat, tiada pantun, dan sebagai nyer...


Sifu banyak ajar tentang kehidupan, agama dan masa depan.....aku harap,ini bukan lah penghujung sebuah persahabatan.


Persahabatan ada seperti Iklan ALI CAFE "Teman Sejati Sentiasa di Hati".


Thank Ahmad Zahari B Mat Silit kerana menjadi sahabatku dan sifuku.Kenangan terakhir bergambar di work station dia.



No comments:

Post a Comment