Monday 2 August 2010

Kehilangan

2 August 2010, Seorang pakcikku telah menghadapi Ilahi jam 4.00pg di Hospital Besar Pontian. Al-Fatihah kepada roh pakcik aku, Bodo' bin Supoh, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Kenangan yang sentiasa aku ingatsemasa aku kecik-kecik,time raya arwah tidak pernah lupa untuk kasik duit raya kepada aku. walaupun matanya buta, tapi hatinya sentiasa terang. Ingat lagi masa kecik2 dulu, aku sentiasa tolong arwah kalo arwah nak pegi ke mana-mane kalo dia datang rumah aku. Arwah akan datang ke rumah aku selang 2 or 3 hari, selepas solat asar, arwah akan datang rumah aku. Then arwah akan balik lepas waktu isyak. Ingat lagi masa, family aku xde motor kapcai, arwah akan balik jalan kaki sorang2. then bila family aku mampu untuk beli motor kapcai, aku akan hantar arwah balik rumah...kalo bukan aku pun kekadang abang aku akan hantar arwah.

Peristiwa yang aku tak boleh lupa sehingga menyebabkan arwah tidak boleh berjalan. Hari tu aku memang plan untuk ponteng sekolah. Then arwah ayah aku pun ajak aku pergi ke rumah arwah untuk betulkan dapur dia yang rosak..katanye dapur dah rosak. So aku dengan malasnyer pun pergi ke rumah arwah dengan arwah ayah aku. Sampai kat umah arwah, aku pun cari manggis kat halaman rumah arwah dan arwah ayah aku pun memberi salam beberape kali tapi tidak menjawab. Lastly, aku terdengar arwah pakcik aku meminta tolong. Rupanyer dia terjatuh dan tersempit kat pelantar dapur dia since sebelum subuh hingga lah aku jumpa dalam kul 10 pagi. Mujur lah aku dengan arwah ayah aku datang rumah arwah, kalo tidak aku pun tidak tahu aper yang akan terjadi kepada arwah pakcik aku itu. Sejak dari peristiwa itu, arwah pakcik aku tidak boleh berjalan lagi dan terpaksa berbaring sepanjang hari.

Walaupun arwah seorang yang buta, tapi arwah seorang yang kuat bertani dan kuat beribadat. Aku tidak dapat memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah. aku hanya mempu doakan dan sedekah surah al-fatihah dan surah yassin kepada roh dia. Amin.

No comments:

Post a Comment