Tuesday 31 August 2010

Niaga Bazar Ramadan 2


sambungan kepada entry aku yang lepas...


1st day aku niaga, aku start pacak gerai kul 3.30ptg selepas selesai melayan cite sineatron indonesia"bawang putih bawang merah"..cite yang aku tak boleh miss.....gerai aku terletak dihujung bazar ramadan.dan jiran gerai aku, aku panggil abg lan (kalo x silap aku)menjual air katirah dengan kutu piring.

1st day aku berniaga dengan angan2 mat jenin dapat menjual laksa dan pari pais dengan banyak sekali.rupanya sangkaan aku meleset,aku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Jualan hari pertama tidak memberangsangkan, hingga setiap pelanggan yg datang beli satu, aku kasik percuma satu.kalo member2 yang datang aku kasik 2 or 3 free laksa johor. just semata-mata untuk make sure semua barangan niaga untuk hari itu abis.

Dan start dari situ, bermacam-macam cabaran yang kitorang hadapi untuk make it profit dan mendapat sambutan. Antaranya:-

1) Pernah sekali ikan pari tuka kat pasar benut kehabisan stok. so terpaksa pusing satu benut dan simpang renggam untuk mencari ikan pari tuka. Alhamdullilah setalah puas dan letih berpusing-pusing, dapat jugak ikan untuk hari itu. Kitorang x leh simpan banyak ikan tu sebab peti sejuk rumah kitorang kecik aje...

2) Aku menjual roti bertanduk inti kacang merah...bertahan 3 hari saja sebelum decide untuk stop pembuatan roti bertanduk. Punca dia, roti tu keras bila dah sejuk dan x tahu mcm mane nk kasik lembut. Tapi rupa-rupanya ada jugak peminat roti bertanduk aku tu...kesian tgk makcik tu bila aku cakap kitorang dah tak jual roti bertanduk lagi...hehehe

3) Pernah jugak disebabkan kesengalan ayin untuk lupa meletakkan serbuk kunyit kat pari tuka selepas disiang, ikan tu berbau busuk bila time kitorang nk jual. So kitorang pun decide untuk tidak jual ikan pari tu semata-mata nk jaga kualiti. dan tempat kitorang buang pari tu adalah kat parit kecik kat area depan kampung kitorang...mesti org yg lalu lalang kat area situ rasa busuk bila lalu sok paginyer...hehehehe. Sori orang-orang kampung.

4) Berlaku conflict di dalam company kitorang bila si amy meletakkan tapai kat gerai kitorang, tapi company x dpat profit dari jualan tapai tersebut. Yang x tahan dia, ayin nie dia tidak akan menjual tapai tersebut time amy gi solat kat masjid...hehehe.

5) Record terpantas kitorang dapat tutup gerai kul 6.20 ptg pada akhir terakhir kitorang berniaga. Alhamdullilah dapat jugak berbuka puasa dengan family pada hari terakhir kitorang berniaga. kalo tak asyik berbuka kat tepi jalan aje...

Dan banyak lagi lah kenangan-kenangan semasa aku jual di bazar ramadan di benut. Pernah sekali, cikgu aku lalu gerai kitorang tapi dia x support pun business kitorang then leh dia cakap tolong lah cari keje lain.Aku rasa masa tu menyirap aje dengar,nasib lah bulan puasa..sabar ajelah.Tapi peniaga-peniaga kat bazar ramadan benut semua baik2 sebab bila time nk berbuka aje, kitorang akan dapat kuih2 or air2 free dari jiran2 sebelah. kitorang pun ada kasik kat diorang apa yg kitorang jual...hehehe

Kitorang pun decide untuk stop berniaga 5 hari sebelum raya setelah mendapat kembali modal kitorang. Letih dan penat beb siang malam berkerja sampai terawih mmg kantoi lah tak payah nk cakap. Setelah selesai semua, kitorang pun berkumpul dan mengira keuntungan yang diperolehi. Tolak modal dan expense lain2...keuntungan yg kitorang dapat setiap sorang hanya lah RM7.40 kalo tidak silap aku, tu tak tolak gaji tau dan itu lah gaji kitorang setelah penat bekerja siang dan malam...hehehe

Tapi alhamdullilah, walaupun pun untung kitorang x banyak. At least kitorang ada menyumbangkan something pada ramadan tahun 2006. So wonderful experience dan kenangan yang akan aku selalu ingat bila tiba waktu ramadan sampai bila2.

Thankz kawan2 yang support business kitorang especially hapis walaupun dia x makan laksa johor, tapi dia selalu lepak kat gerai kitorang tolong2 kitorang niaga.







No comments:

Post a Comment