Saturday 7 August 2010

Selepas setahun berlalu


7 Ogos, setahun selepas pemergian ayah aku menghadapi Ilahi aku masih terasa kehilangannya lagi. Kekesalan yang perlu aku hadapi mungkin sepanjang hayat dan yang sukar untuk aku lupakan. Aku sentiasa doakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa.

Aku masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu, arwah ayah selalu bawa aku pergi minum kat benut naik basikal kagor.Kedai favourite ada lah kedai sebelah kedai sarip simpang empat benut,aku pun x ingat nama kedai tu...the best moment yang aku masih ingat, arwah ayah aku akan tuangkan air kopi kat pinggan then biarkan sejuk sebelum kasik aku minum kat pinggan tu.

Tapi aku xde kesempatan untuk bawa dia jejalan, last sekali aku bawa dia pergi cameroon highlands. Aku masih ingat lagi kata-katanya yang menyentuh hati aku masa aku bawa arwah pergi ke Ladang BOH,sepanjang dia hidup ini lah kali pertama dia sampai tempat yang cantik dan tenang. Rupanya itu lah kali terakhir aku boleh bawa arwah sebelum arwah jatuh sakit.

Banyak lagi kenangan susah payah arwah untuk membesarkan aku. Antaranya arwah tidak pernah lupa untuk menunggu aku kat depan kampung setiap kali aku balik dari sekolah menengah. Kalo arwah x jemput, maksudnya arwah masih belum balik dari petik buah kepala sawit dan aku terpaksa berjalan kaki sejauh 1 km untuk sampai rumah. Kekadang kalo ada orang yang baik hati,diorang akan tumpangkan aku. Member aku yang selalu tumpangkan aku kalo arwah ayah aku tak ambik aku adalah Mohd Azhar Jaafar. Azhar yang pakai baju hijau gambar kat bawah nie.



Banyak lagi aku nak cerita pasal arwah ayah aku dan aku akan sambung cerita kalo ada kesempatan. Gambar bawah adalah gambar arwah ayah aku dan mak aku yang sentiasa dihati aku.

No comments:

Post a Comment