Friday 30 December 2011

Rombongan Cik Kiah ke Vietnam Season Finale

Last Day di HCMC.

Pagi terakhir di HCMC, aku terasa tidak sabar untuk kembali ke tanah air semula. Pagi terakhir untuk aku melihat rakyat vietnam bersenam di taman di hadapan hotel dan rasa bersemangat untuk aku mencontahi sikap diorang nie. Hari terakhir di HCMC, sarapan pagi rombongan Cik Kiah ditaja oleh Russdy, terima kasih banyak2 russdy sebab belikan sarapan untuk kitorang. Lama jugak kitorang tunggu sarapan pagi tu..takut missflight aje.

Jam 8.30 pagi rombongan Cik Kiah bertolak ke airport antarabangsa Saigon dan kami telah mendapat berita flight balik rombongan Cik Kiah lewat sejam dari jadual asal. So rombongan Cik Kiah pun menunggu dengan penuh kesabaran dan aku mmg excited nak balik untuk berkongsi pengalaman berada di negara orang.

Tepat pukul 11.45 pagi, Flight AK 881 selamat take off dan kami pun meninggalkan bumi vietnam. Lebih kurang dalam pukul 2.30 ptg, rombongan Cik Kiah selamat kembali ke tanah air. Sepanjang perjalanan balik, fikiran aku melayang mengimbau pengalaman di Vietnam dan aku rasa aku betul-betul memahami peribahasa “Hujan emas dinegara orang hujan batu negara sendiri,lebih baik hujan batu negara sendiri”. Aku rasa sangat bersyukur dan bertuah sebab aku dilahirkan di Malaysia, negara yang aku sangat sayang dan cintai. Bila mengimbau semula kehidupan orang vietnam dan cara diorang survive membuat aku kembali berfikir dan menghargai apa yang aku ada sekarang. Hope perjalanan kali ini akan menambahkan ilmu dan mengubah aku untuk menjadi manusia yang lebih berguna dan baik.

Perkara2 yang buat aku kagum tentang Vietnam

1) Pemandu pelancong vietnam mmg sangat sporting dan very well prepare. Kitorang memang sangat seronok dengan cara layanan diorang. Dan tidak terasa rugi untuk memberi tip kepada diorang.

2) Rakyat dia memang suka bersenam dan bole dikatakan jarang dapat jumpa rakyat vietnam yang gemuk-gemuk.

3) Diorang bertolak ansur dan penyabar di jalan raya.

4) Diorang memang rajin bekerja dan berusaha terus untuk survive dipersekitaran yang sangat competitive.


PENGHARGAAN

1) Terima kasik bebanyak kepada RUSSDY sudi melayan kitorang dari start planning sampai lah kitorang selamat kembali ke Malaysia. Melayan email kitorang, membuat planning dan khidmat nasihat yang sangat berguna semasa kitorang berada di sana especially carikan kereta sewa untuk kitorang. Sanggup datang ambik dan hantar kitorang ke Airport.

2) Tidak lupa jugak terima kasih kepada semua ahli rombongan Cik Kiah ke Vietnam WAK NIRMAN, RAMZI, SALHA dan paling utama team leader kitorang, CIK KIAH aka ROZIE yang telah banyak mengatur segala-galanya especially hotel yang sangat best betul2 sebelah pasar Ben Thanh dan transport dari LCCT to Pantai Permai, korang mmg sangat best dan sporting. Terima kasih daun keladi, tahun depan kita buat lagi.

3) Ucapan terima kasih jugak tidak lupa jugak kepada HADI (kawan Wak), aku tak berapa kenal hadi nie tapi dia mmg best sebab kasik pinjam kereta + Driver.

4) Dan yang terakhir kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan perjalanan Rombongan Cik Kiah ke Vietnam, terima kasih banyak-banyak.


Tunggu next season Rombongan Cik Kiah ke Kemboja...insyallah.

No comments:

Post a Comment