Thursday 29 December 2011

Rombongan Cik Kiah ke Vietnam Eps 4

Malam terakhir di HCMC

Hari Keempat di HCMC

Bangun pagi,kaki aku terasa sakit kesan akibat masuk terowong di Chu Chi Tunnel. So aku pun decide untuk tidak banyak berjalan pada hari keempat aku di HCMC. Hari ini aktiviti bebas, Cik Kiah dan husband shopping disekitar Ho Chi Ming City sementara aku, wak dan ramzi just shopping di pasar Ben Thanh dengan membeli cenderahati untuk di bawah balik. Tapi penjual-penjual kat pasar Ben Thanh mostly pompuan muda dan diorang memang pandai memujuk supaya beli. Just tips membeli di Pasar Ben Thanh adalah tawar sehingga separuh dari harga yang dia offer.

Pelbagai jenis kopi di Pasar Ben Thanh

Kaki aku yang sakit menghalang aku untuk shopping lebih lama dan membiarkan wak dan ramzi shopping lebih lama. Petang rombongan Cik Kiah pergi ke Muziam Perang tanpa aku disebabkan kaki aku yang sakit menyebabkan aku limitkan daripada pergi jauh dan lagipun petang tu aku dah janji dengan penjual kasut kat Saigon Square untuk tukar saddle Clarks aku yang ada sedikit kecacatan. Tapi aku bukan aje tukar saddle tapi “terbeli” kasut clarks dengan harga yang lebih jauh murah dari Malaysia. Sebaik rombongan Cik Kiah balik dari Muziam, dapat kabar diorang kena tipu dengan driver teksi. Abis bayar 65,000 dong tapi tak sampai jugak muziam perang, last2 diorang decide jalan kaki untuk pergi muzium perang.

Makanan Vietnam

Malam terakhir di Saigon, rombongan Cik Kiah kuar makan di Sungai Saigon dengan menaiki Restoran kapal. Menghayati keindahan waktu malam di sekitar Saigon sambil meyusuri Sungai Saigon dan melihat aktiviti perdagangan. Atas kapal kitorang just order air kelapa dan buah-buahan saja. Sebelum balik ke hotel, sempat aku tukar matawang Vietnam yang ada kat aku ke ringgit sebab lebih untung tukar di Vietnam compare tukar di Malaysia. Sungguh cepat rasa untuk meninggalkan HCMC dan rombongan kali ini terasa sangat best dan kitorang sangat enjoy. Hopefully kalo ada rezeki lagi, pasti aku akan melawat semula HCM...


Menyusuri Sungai Saigon

Kapal Ikan


Opera House at night


No comments:

Post a Comment