Wednesday 28 December 2011

Rombongan Cik Kiah ke Vietnam Eps 3

Rombongan Cik Kiah ke Chu Chi Tunnel

Hari Ketiga di HCMC

Hari ketiga di Ho Chi Ming City, seperti biasa aku dikejutkan dengan bunyi lagu2 senaman aerobik yang mane hotel kitorang betul-betul terletak di depan park tempat diorang exercise. Tapi yang pasti, russdy mmg tak akan ada lah join morning exercise kat park depan hotel kitorang. Rajin betul diorang nie,pagi2 buta dah kuar rumah gi bersenam. Patut lah kat vietnam nie susah nk jumpa orang yang obesiti. Lepas menyantap di hotel dengan buah-buahan dan nasi gorang yang ditulis halal, kitorang pun teruskan agenda dengan melawat Chu Chi Tunnel. Pada hari ketiga,kitorang menggunakan sepenuhnya kete hadi (member wak) untuk gerak ke Chu Chi Tunnel dan jalan2 di HCM. Sementara menunggu driver dtg ambik kitorang, aku dapat tengok sendiri secara live and first time dalam hidup aku, orang sabung ayam.


Sabung Ayam @ street HCMC

Chu Chi Tunnel

Perjalanan ke chu chi tunnel tu mengambil lebih kurang dalam 1 jam dari Bandar HCM dengan melalui kawasan pasar borong dan perkampungan vietnam serta berbekalkan roti untuk lunch. But this time, driver kete kitorang bole lah berbahasa English so Cik Kiah lah yang dok melayan tuan driver tu. Tiket masuk untuk ke Chu Chi Tunnel adalah 80,000 Dong atau bersamaan dengan RM12 seorang. Sebelum dibawa berjalan masuk ke dalam terowong, kami diberi penerangan tentang sejarah peperangan Vietnam, bagaimane diorang membuat strategi untuk kalahkan tentera Amerika dan bagaimane diorang hidup pada masa itu. Tapi bila diorang start tayang video hitam putih aje, geng2 kitorang terus keluar yang tinggal hanya Cik Kiah memang excited dia lebih nak tahu sejarah vietnam dari sejarah malaysia (jangan marah cik kiah). Last2 Cik Kiah pun terpaksa kuar jugak sebab kitorang dah bosan tunggu dia layan movie hitam putih vietnam. Kali ini, kitorang xde pemandu pelancong so kena pandai2 lah hidup. Mula2 kitorang ikut group pelancong dari Malaysia tapi aku tak berape berkenan dengan kepoyoan group pelancong Malaysia tu. So aku pun cari group lain, last2 kitorang pun menumpang pemandu pelancong group 5 orang Mat Salleh dengan muka tak malunya.

Sebelum taklimat perang

Biasalah orang menumpang, pemandu pelancong tu pun focus kat Mat Salleh tu aje tapi yang penting aku dapat dengar ape yang di explain dan Cik Kiah macam biasa lah bertanyakan soalan dengan rasa tidak bersalahnya sebab aku tengok muka pemandu pelancong tu lain macam aje. Kami diterangkan bagaimana askar Vietnam hidup di dalam terowong hingga berjaya dapat mengelakkan dari dikesan oleh askar amerika. Bole aku katakan bahawa orang Vietnam nie mmg bijak dan hebat dalam bab berperang dengan Amerika. Di Chu Chi Tunnel ini, terdapat kawasan menembak untuk para pelancong merasa menembak menggunakan AK 47 dengan membeli sebutir peluru berharga 35000 dong. Aku memang tak berape berani nak menembak dengan AK 47 nie, so aku lupakan ajelah hajat nak bergambar memegang AK 47.

Padang menembak

Kemudian kami pun dibawa ke dalam terowong bawah tanah askar Vietnam. Di terowong bawah tanah mempunyai berbagai kemudahan seperti tempat memasak, tempat bermesyuarat dan tempat berdating. Aku yang sememang dah lama simpan hajat nak merasa pengalaman berada dalam terowong bawah tanah nie pun tak lepaskan peluang untuk mencuba. Keadaan terowong bawah tanah tu yang agak panas dan sempit menyebabkan kaki aku sakit sebaik saja kuar dari terowong bawah tanah. Dia punya sakit sampai balik malaysia masih rasa. Dan itu lah pengalaman first dan last aku masuk terowong bawah tanah. Selesai menjelajah terowong tentera Vietnam, kami dihidangkan dengan ubi bakar yang kebetulan aku memang kelaparan. So ubi bakar tu jugak lah makanan lunch kitorang di Chu chi Tunnel.

Ubi Bakar cecah garam bakar.

Selesai kitorang melawat Chu Chi Tunnel, kitorang balik ke HCMC dan bersolat di Masjid Hijau (aku panggil masjid Hijau sebab warna masjid banyak warna hijau). Kat sini lah aku kena paw dengan orang vietnam. Aku tengah tunggu driver datang, dia bole basuh kasut aku. Nak sepak kasut aku dah basah, so aku suruh dia cuci bersih2 kasut aku sampai kering. Memang nampak berkilat dan berkilau lah kasut Nike Hitam kesayangan aku tu, tapi sekali tanya harga rasa macam nak menyepak aje. Dia bole charge aku 100000 dong, dengan buat muka kesian dia..aku pun rela paksa hulor jugak duit tu kat dia sambil menyumpah di dalam hati. Dalam kete kena gelak aje dengan diorang tapi yang paling kuat gelak si ramzi. Rombongan Cik Kiah diteruskan dengan agenda yang sudah lama dinanti-nantikan oleh Cik Kiah iaitu shopping telekung di Kedai Ustazah HjH Basiroh sampai aku pun terjebak sekali. Tetapi sempat lah jugak belikan something untuk Mak Ngah Is tapi tak tahu lah Mak ngah is tu suka ke tak...

Sebelum bertolak ke Chu Chi Tunnel


Alamat Hjh Basiroh, bole dapat murah-murah.

3 comments: