Tuesday 20 December 2011

Rombongan Cik Kiah ke Vietnam Eps 2


Hari kedua di HCMC


Rombongan Cik Kiah Bersarapan di Lorong @ Saigon City

Pagi pertama rombongan Cik Kiah, Russdy ambik kitorang untuk berbrekfast di kedai lorong (halal food) di salah satu lorong di bandar Ho Chi Mingh. Kedai dia mmg simple just ada dapur, meja dan kerusi kecik untuk kitorang duduk. Sambil kitorang makan terdapat motor lalu lalang di lorong tersebut,nampak mcm kotor tapi ini lah life in Saigon. Seperti sebelum nie, pelayan dia merupakan melayu Champa yang bole bertutur dalam Melayu so ini memudahkan untuk kitorang berkomunikasi. Menu wajib or favorite menu kedai lorong tu adalah mee sup yang ditabur dengan daun selasih dan daun panjang2 (aku pun tak tahu nama dia tu even ramzi yang jual sayur kat pasar paka pun x kenal nama daun tu) untuk naikkan bau supaya lebih sedap. 1st time makan ala2 vietnam style dan selesai aje makan baru aku perasan ada sorang lagi warga malaysia aku yang kenal ada di Vietnam iaitu izwan Shamim(dulu P.Tech untuk Duyung Resak tapi skrg dah pindah ke Vietnam). Mmg ramai rakyat Malaysia yang makan kat kedai lorong ini especially weekend.

Menu utama kedai lorong.

Kedai Lorong @ Saigon

Perjalanan rombongan Cik Kiah diteruskan dengan melawat Sungai Mekong dan kete sewa kitorang ini yang diaturkan oleh russdy on last2 minutes request . Orang yang bawa kete sewa nie mmg x brape faham English, sebab bila aku tanya lain dia jawap lain. So aku pun diam aje untuk perjalanan lebih kurang dalam 2 jam dari HCMC to Sungai Mekong. Sg Mekong merupakan Sg yang merentasi 3 negara iaitu Vietnam, Kemboja dan Thailand kalo tak silap aku. Lebar dia lebih kurang 3.2 KM dan terdapat 4 pulau di Sg Mekong di Vietnam.

Mencari rezeki di Sungai Mekong

Dengan bayaran USD65, kami dijanjikan untuk dibawa 3 tempat sambil ditemani oleh pemandu pelancong yang sangat peramah dan menjawab semua soalan2 dari kami especially soalan dari Cik Kiah dan Wak. But in the end cuma 2 island yang kami pergi visit. 1st island, kami dibawa melawat lebah educated, sebab ape aku kata lebah educated kerna lebah dia jinak dan tak menyengat pelancong kecuali orang yang hati dia busuk. Di situ,kami dihidangkan dengan tea hijau yang dicampur dengan madu. Selepas itu, kami teruskan rombongan dengan pergi melawat hasil2 bumi delta Mekong dan bole aku katakan memang tanah di Delta Mekong sangat subur sebab buah2 dia besar2 dan sangat sedap. Disitu kami ditunjukkan buah epal susu which aku rasa buah nie mmg xde kat Malaysia cuma ada kat Vietnam aje kot (rasa dia lemak2 manis). Then kami pun di bawah menyusuri sungai di pulau tersebut menggunakan sampan. Great experienced menyusuri sungai tersebut dan pengajaran yang bole aku cakap, orang Vietnam mmg kuat keje tidak kira lelaki or pompuan, kecik or dewasa, muda or tua just untuk mencari rezeki menyara hidup(aku rasa bersyukur masih bole bekerje di suasana air cond dan tidak perlu bersesak-sesak untuk mencari rezeki). Diorang berkejar2 mendapatkan pelancong hinggakan sungai pulau tu sesak dengan sampan.

Rombongan Cik Kiah bergambar di Sungai Mekong

Pulau kedua pada aku tak banyak benda yang menarik, just melawat kolam buaya dan melihat kebudayaan diorang (mungkin aku dah rasa penat kot sebab aku tgk Cik Kiah sangat interesting dan banyak soalan2 yang dia tanya kat pemandu pelancong tu). Akhirnya, lawatkan kami complete dalam kul 2.00 pm dan masing2 perut dah kelaparan. Tapi benda yang kelakar, pemandu kete sewa bole pulak bawa kami singgah di Restoran Delta Mekong yang mmg confirm2 tak halal. So kami pun suruh driver tu aje yang gi makan dan dalam perjalanan balik ke HCMC kami pun bedal roti dalam kete sewa.


Resit Makan mlm.

Seterusnya, rombongan Cik Kiah pun pergi melawat Independence Palace dimana dulu merupakan tempat menyatuan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Harga tiket masuk lebih kurang dalam 30000 dong atau RM5. Kami dibawa melawat ruang mesyuarat Presiden, pejabat Presiden, War room dan kediaman presiden. Macam biasa, orang yang paling excited dan paling banyak bertanya adalah Cik Kiah. So bole katakan skrg nie Cik Kiah dah terer dalam sejarah Vietnam dan kalo dia ambik SPM subject sejarah confirm dapat A lah tapi sejarah Vietnam lah. Malam tu, kitorang makan mlm di D’nyonya yang mmg confirm halal dan bab yang buat kami ketawa adalah dalam seumur hidup kitorang, nie 1st time makan malam paling mahal iaitu 930,000.00 tapi bukan dalam ringgit lah tapi dalam dong. Lepas makan aku membawa haluan sendiri, mencari Hard Rock CafĂ© just untuk beli baju for my best friend Akram yang sedang bertapa di offshore semasa aku ke Vietnam. Akhirnya dapat jugak beli baju untuk dia and hope dia gembira.

Kenangan di Independence Palace

Tiket untuk Independence Palace

Lesson learnt:
1. Berbakti lah dengan tanah. (Sepanjang perjalanan ke Delta Mekong aku xde nampak semak samun)
2. Kalo kite rasa dah cukup susah, actually ada lagi orang yang hidup lebih susah dari kita.
3. Be creative kalo kita hendak hidup di environment yang mencabar then kita akan peroleh kejayaan.


Aku dan lebah educated

No comments:

Post a Comment