Monday 19 December 2011

Rombongan Cik Kiah ke Vietnam Eps 1

Rombongan Cik Kiah ke Vietnam

Tanggal 9 Dec 2011, rombongan Cik Kiah berlepas ke Ho Chi Minh City (HCMC),Vietnam. Antara ahli rombongan Cik Kiah adalah Rozie (a.k.a Cik Kiah – Ketua rombongan), Salha, Wak nirman, dan Ramzi. Ini adalah pengalaman pertama aku keluar dari Malaysia dan aku terasa excited untuk melihat dunia luar. Flight AK 884 selamat berlepas tepat pada pukul 6.50 ptg dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 50 minit tetapi aku terasa sangat singkat pulak bile ditemani oleh stewardess yang cun especially Cik Adibah. Lebih kurang pukul 7.40 mlm waktu Vietnam (waktu Vietnam lewat 1 jam dari waktu malaysia), flight rombongan Cik Kiah pun landing di Airport Antarabangsa HCMC (terima kasih captain AK 884 kerna membawa rombongan Cik Kiah ke Vietnam dengan selamat) dan aku tidak sabar berjumpa dengan member lama aku yang dah lama stay kat HCMC iaitu Russdy. Russdy nie dulu antara member baik aku semasa di opis dan cerita paling lawak semasa dia kat opis dulu adalah kereta kancil merah dia menjadi wanted oleh pak guard PMO sebab takde sticker PMO (dah kena jual kancil merah tak lama lepas tu). Lambaian Russdy menandakan kitorang tidak perlu untuk ambik teksi untuk ke hotel dan dapat save bajet rombongan Cik Kiah.



Rombongan Cik Kiah diskuss agenda at Halal@Saigon

First time sampai di HCMC, satu benda yang buat aku terkejut dan yang sangat berbeza dengan Malaysia adalah traffic di HCMC which yang aku dapat explain adalah kepadatan jalan raya yang penuh dengan motor dan cara diorang memandu bole membuat aku akan mengalami eksiden jika drive.Antara contohnya adalah diorang bole buat U-turn sesuka hati aje even kat jalan 4 line dan penuh sesak dengan motor dan kete. Jalan di HCMC tidak pernah senyap dengan bunyi horn. Tapi satu benda yang aku respect kat diorang, even diorang bawa bawa motor/kete sesuka hati diorang tapi diorang nie bertolak ansur dan sabar.

Saigon at night

Sampai di HCMC, Russdy bawa kitorang makan malam di Restoran Halal@Saigon. Pelayan dia bole dikatakan mesra dan benda yang buat aku impressed adalah pelayan dia bole cakap Melayu walaupun tidak fluent but its good enough. Lepas makan, aku dapat melihat untuk 1st time suasana malam di HCMC yang sungguh meriah, ada yang berpicnic di taman dan ada yang membawa anak2 jalan2 di Saigon Center just untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan suasana kristmas. Jam 10.30 mlm, baru aku dapat landing di katil hotel (kitorang menginap di Hotel Tan Hai Long 1, Nguyen An Ninh St) yang mane mmg kebetulan hotel kitorang berhampiran dengan pasar Ben Thanh.

Setakat sini dulu cerita rombongan Cik Kiah ke Vietnam..episod kedua akan menyusul tidak lama lagi...


Map Ben Thanh Market dan Hotel Penginapan rombongan Cik Kiah.


Street at Saigon

No comments:

Post a Comment