Sunday 21 March 2010

Suatu perhentian di Pulau Perhentian....

Dah lama aku x update blog aku nie...nie pun aku try untuk update sepanjang 2 minggu yg lepas...last week aku dengan kawan2 aku, Edde, Jali, Shahril dan Wak Nirman pegi ke pulau perhentian...tujuan aku untuk mencari ketenangan dan melupakan seketika masalah2 dunia ini...Sorang kawan aku, Sukri x dapat join sebab mak dia tetiba masuk hospital..alhamdullilah, mak dia x aper2 dan duit dia pun boleh recover balik..

Perjalanan ke pulau perhentian bermula seawal kul 4.30pg dan bertolak dari rumah jam 5pg...pagi giler aku rasa. Then ambik wak nirman kat paka pagi2 buta. mahu pusing2 jugak aku kat paka tu sebab wak cakap rumah dia bawak power cable, aku usha2 x jumpa pun power cable tu, last2 aku suruh dia dtg ambik aku gi rumah dia...

Siap aje ambik wak, aku terus perjalanan dan berjumpa dengan jali dan edde. Di dalam keheningan pagi, aku memecut JKY 3009 sepantas kilat dan diikuti oleh Myvi hitam jali...Kul 6.30 aku sampai kat kuala terengganu dan berhenti untuk solat subuh...kat KT hujan turun dengan lebatnyer...dlm kul 7 aku continue perjalanan aku dan aku doa2 kat besut nanti tak hujan lah...


-------------------------------------------------------

Jali, Edde, Apin...

Sampai kat kuala besut aje, ada brother nie asyik tanya aje nk parking kete tak...aku malas giler nk layan brother tu, aku follow aje...sampai tumpangkan ke kedai agensi tu,then dlm kedai tu aku cakap aku tumpang kete kat rumah member...aku nampak wajah kekecewaan kat muka brother tu...(aku dah cakap kat brother tu banyak kali tapi x nk caya,kan dah kecewa)...

Bermula perjalanan aku ke pulau perhentian...pagi tu ombak kat laut besar giler, nasib kitorang naik feri..tu pun aku rasa seram2 sejuk aje...dah lah kena dok seat belakang xde cover kiri kanan, campur dengan hujan..sampai pulau perhentian, kitorang basah kuyup..tapi yg aku tak boleh blah, wak nirman boleh pulak terlelap mata dia...wak nirman nie mmg kuat tido lah...huhuhu...sori wak kutuk ko sikit...hehehee



Wak Nirman(baju hijau), Shahril (sedih x dapat contact tunang dia)



1st time bercuti di pulau selepas 3 tahun plan akhir berjaya jugak aku jejak ke pulau perhentian..tapi sampai di sana aje, aku rasa aku terasing di negara sendiri sebab almost 90% orang kat sana mat salleh...aku rasa cuma ada 2 group aje pelancong dari malaysia aku rasa masa aku datang tu...whatever..aku x sabar nk tgk katil idaman aku untuk 2 mlm di pulau perhentian...

Bilik kitorang untuk 3 hari 2 mlm.

1st day dimulakan dengan snorkeling area2 pulau perhentian kecil..1st time aku guna google snorkeling, boleh dikatakan banyak jugak lah terminum air laut tu, last2 sekali aku tak pakai pun google dia...then tgh2 aku seronok snorkeling, aku nampak si shahril tak join kitorang...rupa2 dia mabuk laut, pada hal sebelum tu dia dah telan 2 biji pil mabuk...nampak tak berjaya jugak...dia snorkeling area2 boat aje..






Aku berenang dengan harapna dapat tangkap ikan...huhuhu.



Tapi time balik aku rasa cuak sekali...aku ingat naik boat besar mcm aritu pegi...then tetiba ada brother nie ambik tiket aku then suruh naik boat laju dia..aku dah rasa x sedap hati aje...then ape yg aku takut kan mmg berlaku, boat tu lah yg akan bawa kitorang balik ke kuala besut...aku ape lagi, dok belakang sekali...bebanyak kan bertasbih...huhuhu...nasib baik lah cuaca aritu ok, ombak pun tak tinggi....




Sampai aje jeti kuala besut, aku rasa lega giler dan sempat membeli souvenir...



>

No comments:

Post a Comment