Thursday 13 May 2010

Rewang

Mungkin ada orang tak tahu, ape tu rewang???so biar aku explain sikit pasal rewang nie...rewang mungkin untuk masyarakat jawa aje kot, sebab aku biasa dengar kat area2 johor aje or kat kawasan2 yang ada orang jawa orang cakap rewang. So aku explain rewang yang ada di kampung aku or area kawasan benut. (mostly ramai jawa kat benut nie..hehehe)

Rewang ni senang cakap gotong royong memasak untuk majlis perkahwinan. Kat kampung aku, kalo ada orang yang nk buat majlis kawin kena pilih tarikh supaya tak bertindih sebab takut orang rewang penat pulak kalo buat serentak. Biasanye orang kawen 2 hari aje lah kan..so rewang start dari ari pertama lepas zohor lebih kurang dlm kul 2.00-2.30ptg lah...orang kampung akan mula datang ke rumah tuan rumah yang akan mengadakan majlis perkahwinan tersebut...so dulu masa aku stay kat kg, aku antara orang yang rajin jugak lah gi rewang...kalo tak confirm telinga aku panas aje sampai lah aku gi rewang...so aku biasa akan pergi kalo x ptg mlm lah...dan biasa member2 rewang aku adalah jeli, ayin dan apis...tapi sekarang nie diorang semua dah merantau ke luar mcm aku jugak...dah lama aku x gi rewang..hahhaa

Antara keje-keje yang dibuat oleh orang lelaki adalah basuh ayam, kupas bawang, kupas nenas, masak air, potong2 daging, masak ayam dan segalalah keje2 yang ada kat luar umah. Orang pompuan pulak, more focus keje2 dlm rumah mcm sediakan nasi dan lauk untuk kasik orang2 rewang makan, buat kuih dan sebagainyer..aku x brape tahu scope of work keje-keje orang pompuan nie...huhuhu

so mlm rewang tu pulak, tinggal orang muda dan bujang aje yang dtg rewang...sebab x banyak keje dah tinggal untuk orang2 tua...mlm nie keje2 dia banyak mengisar lah...then kul 3-4pg baru diorang start masak untuk lauk esok...so kekadang mmg x tido satu mlm lah...record aku balik paling lewat kul 6 pg...so faham2 ajelah, kalo dah balik lewat sok nyer gi rewang mmg lambat lah...

hari majlis tu, mmg dah start busy lah...angkat hidang, basuh pinggan,basuh cawan, kekadang aku tgk jugak cara2 memasak nasi kat dapur tu...seronok belaja masak2 nie...hehehe.
biasa pagi itu, tuan rumah akan kasik tuala good morning lah...so acara majlis mcm biasa lah orang kawen...

So aku dah cukup penat handle majlis kawen 2 orang akak dan 2 org abg aku...sungguh memenatkan...buat majlis 2 hari aje, tapi pre ambik 2 minggu then post pulak ambik 2 minggu, baru semua settle...

tapi bagusnyer rewang nie, kite dapat mengeratkan ikatan silatulrahim sesama orang2 kg...dan jadi mesra dengan orang2 kg jugak..so next time kalo ada masalah, mintak tolong senang aje...bagusnye rewang nie, kite dapat belaja hidup bermasyarakat xde lah hidup sorang2 aje...sesetengah orang kata, jangan jaga tepi kain orang,kubur masing2.tapi diorang lupa, mmg lah kubur masing2 tapi kalo mati ingat boleh dikuburkan sendiri ker...masyarakat jugak yang akan urusan semua tu....kena lah pepandai hidup bermasyarakat.

Saturday 8 May 2010

Ikan Pari Pais

Ikan pari pais merupakan salah satu produk company "3 Bujang Menganggur" yang laris di bazar ramadan Benut. Nak share buat sambal ikan pari pais.

Bahan-bahan membuat Sambal.

1) Lada kering yang direbus dan dibuang bijinya. Amount ikut suka hati lah...
2) Bawang besar
3) Bawang kecik
4) Bawang putih
5) Halia sikit.
6) Kunyit sikit
7) Serai dipotong halus dan 3 batang serai yang diketuk.
8) Sos tomato sikit.
9) Gula merah sikit.
10) Asam Jawa

Cara membuat sambal.

1. Lada kering dikisar hingga halus dan asingkan. Kisar bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit dan serai.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bahan2 bawang kisar tadi dan serai yang diketuk. Masak sehingga naik bau dan masukkan lada kering yang telah dikisar. rebus hingga mendidih dan lada kering tadi masak.
3. Masukkan sos tomato (jumalah ikut lidah lah) dan kacau hingga sebati. selepas itu, masukkan air asam jawa dan kacau hinggan sebati.
4. masukkan gula merah sikit dan campur dengan gula putih.biar rasa dia manis sikit untuk hilangkan rasa pedas. then kasik garam secukup rasa.
5. Kacau sehingga bebetul cukup masak dan siap lah sambal ikan pari pais.

Ikan Pari Pais.

1. Ikan Pari tuka(nk guna ikan lain pun takpe) yang telah disiang bersih di sapu dengan serbuk kunyit sikit.
2. Bakar ikan pari macam biasa. terbalikkan ikan dan siram ikan dengan sambal tadi. Bakar hingga ikan pari cukup masak.
3. Angkat ikan pari yang dah siap bakar tadi dan disediakan bersama limau kasturi.


Masa nak makan nanti, peras limau kasturi kat atas ikan pari pais.

Sekadar hiasan sahaja.

Laksa Johor

Laksa johor adalah salah satu menu yang aku pernah jual pada suatu masa dulu. So aku just nak share resipi laksa johor.

Bahan-Bahan untuk kuah.

1. Bawang Besar ikut rasa sendiri.
2. Bawang kecik, nk sedap banyak sikit.
3. Lengkuas (agak2 lah jangan terlalu banyak)
4. Bawang putih ikut lidah sendiri lah.
5. Lada kering yang telah direbus dan dibuang bijinya. Agak2 lah nk pedas banyak sikit.
6. Serai yang dipotong-potong halus.
7. Halia sikit.
8. Udang kering sikit yang dikisar halus. (nak lagi sedap bubuh banyak sikit)
9. Ikan kembung yang telah direbus. (kalo banyak duit boleh pakai ikan tenggiri)kali nk sedap ikan banyak sikit lah.
10. Kerisik kelapa or kalo xde santan pekat.
11. Kari ikan (recommanded Alagapas...hehehe)

Cara membuat Kuah laksa johor.

1. Ikan kembung yang telah direbus tadi, diambil isinya (duri ikan buanglah) then blender isinya. Nak sedap guna air rebusan ikan tadi untuk blender. Dah siap letak kat dalam periuk.
2. Kisar lada kering dan asingkan. kisar bawang putih, bawang besar, bawang kecik, halia, lengkuas dan serai.
3. rebus isi ikan yang dikisar tadi then agak2 nk mendidih campurkan pulak bawang putih, bawang besar, bawang kecik, halia, lengkuas dan serai yang telah dikisar tadi dan masukkan sekali lada kering yang telah dikisar. kacau hingga sebati.
4. Dah sebati, masukkan serbuk kari ikan dan udang kering yang telah dikisar. kacau hingga mendidih. Kasik kari agak2 lah, kalo nk nampak cantik kasik banyak sikit biar x nampak pucat.
5. Akhir sekali bila dah mendidih, masukkan kerisik kelapa atau santan pekat. Kacau hingga sebati dan mendidih. masukkan garam dan gula sikit. Rasa sikit kuah dia, kalo semua rasa dah cukup boleh biar sampai mendidih dlm 10 minit hingga 15 minit. Baru matikan api dapur.

So dah siap buat kuah dia. Sekarang sediakan pulak spageti.

1. spageti 1 bungkus (depend lah nk makan brape orang, tapi boleh jugak guna mee laksa biasa)

Cara memasak.

Rebus air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan spageti tadi dlm air mendidih dan kasik minyak masak dan garam. Minyak itu untuk memastikan spageti nanti tak mengumbal. masak hingga spageti lembut dan tos spageti tadi dan biarkan sejuk.

Ulam-ulam ini ikut cirasa korang lah. nie yang standard punya.

1. Taugeh
2. Bawang besar
3. Daun selasih kalo ada.
4. Sambal belacan.
5. Limau kasturi
6. Telur puyuh or telur ayam kalo nk letak lah.
7. Timun yang dipotong2 lujur.

Cara makan, letak spageti dan ulam2 then siram dengan kuah laksa, baru peras dengan limau kasturi.



Sekadar gambar hiasan.