Thursday, 13 October 2011

3 Questions

There was a young man who went overseas to study for a quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his 3 questions. Finally, his parents were able to find a muslim scholar.

Young Man: Who are you? Can you answer my questions?
Scholar : I am one of ALLAH SWT slaves and Insha Allah (God Willing), I will be able to answer your questions.
Young Man : Are you sure?A lot of Professors and experts were not able to answer my questions.
Scholar : I will try my best, with the help of Allah Subhanahu Wata’ala.

Young Man : I have 3 questions,
Question 1 : Does God exist?If so, show me his shape.
Question 2 : What is Taqdeer (Fate)?
Question 3 : If shaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that is also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since shaitan & the hell were created from fire.
Young Man : Did God think of this far?

Suddenly, the Scholar slapped the young man’s face very hard.

Young Man (felt pain) : Why do you get angry at me?
Scholar : I am not angry. The slap is my answer o your questions.
Young man : I really don’t understand.
Scholar : How do you feel after I slapped you?
Young Man : Of course, I felt pain.
Scholar : So do you believe that pain exists?
Young Man : Yes.
Scholar : Show me the shape of the pain!
Young Man : I cannot.

Scholar : That is my first answer. All of us feel God’s existence without being able to see His shape..last night, did you dream that you will be slapped by me?
Young Man : No.
Scholar : Did you ever think that you will get a slap from me today?
Young Man : No

Scholar : That is Taqdeer (fate) my second answer..my hand that I used to slap you, what is it created from?
Young Man : It is created from flesh.
Scholar : How about your face, what I it created from?
Young Man : Flesh
Scholar : How do you feel after I slapped you?
Young Man : In pain.

Scholar : That’s it. This is my third answer, even though shaitan (Devil) and also the hell were created from the fire, if Allah wants, the hell will become a very painful place for shaitan.




Kisah Seorang CEO...

Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapaku ialah guru.

Alhamdullilah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan...dalam masa beberape tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di pejabat.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur .Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!!

Kebahagian keluarga.... .Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat...kekadang terlupa... masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan!!!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!

Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN.Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 6.00 ...bolehlah aku berangan lagi nie...Beginilah kehidupan aku sebagai seorang pekerja kilang.....................

Tuesday, 13 September 2011

Kuih-kuih tradisi semasa raya



Bila raya aje,benda yang mesti ada adalah kuih raya. Kalo dulu-dulu family gotong royong buat kuih raya sama-sama hingga lewat pagi. Keseronokan menjelang raya seolah-olah memberi semangat dan kekuatan untuk terus stay up membuat kuih raya. Dulu kakak2 dan mak aku yang selalu rajin buat kuih raya. Skrg nie semua dah penat, mak aku pun dah x larat nk buat kuih raya banyak-banyak. So kuih raya tempah aje dengan orang. Tapi satu aje kuih raya yang tak pernah beli dengan orang dari dulu sampai lah sekarang, dodol.


Dodol - merupakan kuih yang family aku akan buat. Kalo dulu arwah ayah aku yang jadi master chef tapi sekarang nie tugas tu diambil alih oleh aku. Mak aku kata arwah ayah aku wariskan membuat dodol ini kat aku tapi entah lah..aku buat pun sebab aku nak tradisi membuat dodol nie terus kekal hingga bila-bila dalam family aku. Terlalu banyak kenangan untuk aku cite pasal dodol nie tapi cukup lah aku cite sikit aje.


Kuih Samprit - merupakan antara kuih yang famous masa aku kecik2. tapi entah lah skrg ini aku mcm x berminat aje dengan kuih samprit. Merupakan kuih tradisi raya sepanjang zaman.


Batang buruh - kuih nie aku tak tahu mcm mane cara pembuatannyer dan rasa dia sedap. Biasa orang beli aje kuih batang buruk ni.


Popia Inti udang - Ini merupakan salah satu kuih yang mak aku masih rajin buat. Kalo dulu lepas sahur aje, aku akan tolong mak aku gulung popia nie. Tapi yang seksa dia, nak dptkan sekilo punya lah susah,..kekadang aku give up untuk gulung pun ada.


Bahulu Gulung - Salah satu kuih wajib yang mak aku akan sediakan di waktu raya. Kalo dulu mak aku siap bole buat business bahulu gulung tapi sekrang nie dengan keadaan dia yang makin tua, kudrat menghadkan kekuatan dia untuk buat bahulu gulung. Cuma satu ajelah yang buat aku malas nk buat bahulu gulung nie, nk kena pukul telur kekadang sampai 4-5 jam untuk kasik dia bebetul naik....mmg seksa.


Sarang semut - kuih nie nampak menarik kalo kite kreatif membuatnyer.


Buah Rotan - kuih nie biasa ada banyak orang jual waktu2 bulan ramadan.



Bahulu Kukus - Ini favorite kuih mak aku dan bole dikatakan setiap tahun mak aku akan buat bahulu kukus walaupun kekadang kakak2 aku melarang mak aku buat kuih. Aku lah yang selalu tolong mak aku buat kuih nie masa kecik2...


Kerepek Pisang Tanduk - Kerepek paling banyak aku makan raya 2011 dan bole dikatakan setiap rumah yang ada kerepek pisang tanduk, aku akan rasa.

Itulah kuih-kuih raya tahun 2011 yang ada kat rumah aku dan harap kuih -kuih tradisi ini terus kekal hingga akhir zaman.


Monday, 22 August 2011

Salam AidilFitri


Bulan syawal akan menjelma, bermacam-macam persiapan aku akan lakukan dan antara benda wajib setiap tahun ada lah:

1) Buat dodol
2) Buat ketupat
3) Buat Lepat
4) Buat lampu pelita

hampir setiap tahun, kampung aku akan meriah dengan lampu pelita. berbagai-bagai rekabentuk diorang buat. Ada yang buat kapal terbang, masjid dan menara..tapi aku rekabentuk biasa aje. Tak larat nk buat canggih-canggih dan lagipun aku nie kurang kreatif sikit. tak tahu lah kalo tahun nie semangat aku tetiba berkobar-kobar nk buat lampu pelita canggih2 or cantik.

Beraya dikampung mmg sangat special dan perasaan dia x bole digambarkan dengan kata-kata. SELAMAT HARI RAYA...


Friday, 5 August 2011

Laptop Baru

Hari ini 5 August 2011, aku membeli laptop baru jenis HP pavillion setelah laptop lama aku DELL rosak motherboard dia. Agak lari sikit budget bulan nie, lebih2 lagi untuk membuat persiapan Hari RAYA nanti. Bila difikir-fikir semula, laptop aku rosak bile ramadan akan menjelma then tetiba kehidupan seharian aku berubah dari kebiasaan. Then aku sedar bahawa semua ini memang telah dirancang oleh ALLAH yang Maha Kuasa kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang berlaku.


Memang ada hikmah dia laptop lama aku rosak dan tidak dapat dibaiki semula. mungkin aku masih tidak sedar ape hikmah dia tu tapi aku memohon agar aku akan lebih dekat dengan ALLAH s.w.t.

Cinta Muka Buku ( original) - Najwa Latif

Sunday, 10 July 2011

Mengimbau kenangan di Parit Mastar



Setiap orang boleh dikatakan mempunyai kampung dan aku yang memang berasal dari kampung amat sukar untuk aku melupakan kampung aku yang tercinta dan terbaik. Kerna setiap kali aku balik kampung, aku akan mendapat ketenangan and semangat untuk terus berjuang.

Mungkin kampung aku ini xde yang special untuk dibanggakan tapi bagi aku ia mempunyai keistimewaan dan keindahan yang sukar untuk aku gambarkan. Ia banyak menyimpan terlalu banyak kenangan yang mengajar aku tentang kehidupan.



Mungkin gambar di atas tidak nampak apa2 keistimewaan tapi keadaan 20 tahun yang lepas sangat berbeza . Kawasan ini lah tempat warga Parit Mastar bercucuk tanam dengan tanaman jagung dan keledek. Masih ingat lagi, masa kecik2 menolong arwah ayah membersihkan kawasan ini, membakar semak samun dan bercucuk tanam. Masih teringat-ingat lagi kata-kata arwah ayah yang memarahi aku kerna bermain api dan tidak menolong arwah ayah membersihkan rumput. Mungkin masa itu, aku hanya tahu bermain saja tetapi bile usia aku bertambah setiap tahun, aku telah mengubah sikap aku dari asyik bermain kepada menolong arwah ayah.

Antara tanaman utama adalah jagung dan keledek. Dan kebiasaannye sebelum bermulanya acara cucuk tanam, kami akan diberi baja dan benih free. dan setiap kali dapat lah, mak aku tak abis2 meluahkan perasaan tidak puashati kerna diberi baja dan benih yang tak bagus. So antara jalan penyelesaian beli baja dan benih sendiri.

Dan menjadi masalah ketika musim menuai adalah mencari pemborong untuk jagung dan keledek. dan setiap kali itu jugak lah mak aku akan bising kerna ketua yang sepatutnye mencari pemborong tapi gagal untuk mencari. menambah keanginan mak aku bila ketua tu hanya mencari pemborong untuk dia sahaja. Dan setiap kali musim menuai jugaklah, aku hari2 makan jagung dan keledek..sesuatu kenangan yang selalu aku akan ingat bila melihat sawah Parit Mastar.



Dan ini pulak adalah port aku masa kecik2 melepak untuk memancing dan melihat kawan2 aku mandi. Sebab apa aku hanya melihat kawan2 aku mandi, sebab kalo mak aku tahu aku ikut mandi mmg balik confirm kena sebat lah lagi2 dengan adanya kakak aku, Ery yang menjadi kaki report kepada mak aku sebarang aktiviti yang membuat mak aku marah. Sebab itu, masa kecik2 aku mmg anti kakak aku sebab dia kaki report...hahaha. tapi port nie antara favorite aku memancinglah. Dulu tempat ini cantik, xde semak samun mcm skrg. Budak2 sekarang pun dah xde yang nk mewarisi peninggalan aktiviti zamam kanak2 aku dulu. So menjadikan tempat ini terbiar. Tapi tempat ini jugak lah merupakan tempat aku mencari ketenangan dan semangat ketika aku rasa aku hampir kalah dalam perjuangan hidup ini.




Port ini pulak, port memnacing depan rumah aku.Antara ikan yang pernah dapat kat sini, ikan haruan, ikan keli, ikan sepat, dan ikan puyu. Antara lubuk ikan di dalam kampung aku. Di sini lah pertemuan antara air gambut (hitam) dan air tanah liat (jernih). Biasanya aku akan pacak pancing kat situ then lepak atas jambatan sambil tengok2 kalo pancing terkena ikan. Tempat ini jauh berbeza keadaannya dahulu dengan sekarang. Disini jugak lah kekadang aku mencari kekuatan untuk terus berjuang dalam kehidupan aku.

Rasa setakat ini sahaja aku cerita pasal kampung aku, dan mungkin kalo ada masa mengizinkan aku akan cerita semula tentang kampung aku ini....I LOVE PARIT MASTAR.....:)