Monday 20 June 2011

Emotional baggage


Apa yang dimaksudkan dengan emotional baggage..mungkin sesetengah orang mempunyai pengalaman lalu yang masih sukar untuk dilupakan yang berkaitan dengan emosi dan perasaan. Bila kite bercinta dan kecewa, kita akan lebih mudah terbawa-bawa perasaan dan pengalamana yang lepas terhadap pasangan kita yang baru. Sebagai contoh, kekecewaan kita yang lepas mungkin disebabkan oleh pasangan kita yang tidak setia. Kemudian apabila kita bercinta semula, kita akan terbawa-bawa dengan perasaan yang kita curiga dengan pasangan kita. Walaupun dia tidak mesej kite selama 1 jam, kite akan terasa yang dia berlaku curang terhadap kita. Emosi yang macam tu lah dikatakan emotional baggage, baggage yang kita still bawa ke mana-mana.




Salah satu tips dalam perhubungan, kita kena lah buang emotional baggage tu. Sebab emotional baggage ini adalah suatu bebanan kepada kita dan sangat menyusahkan kita. sebagai contoh, cuba bayangkan isikan beg dengan batu seberat 10 kilo then bawa beg tu ke mana-mana sahaja kite pergi. Tentu kita akan berasa penat dan menyusahkan kita bukan,so adalah amat penting untuk kita membuang emotional baggage itu jika kita ingin berjaya dalam perhubungan.

Bayangkan beg yang berisi dengan batu 10kilo tadi kita buang batu dalamnya. kita akan terasa sangat ringan dengan beg kita untuk kita bawa ke mana sahaja. Begitu jugak dalam perhubungan, jangan biarkan emosi silam terus menjadi beban untuk kita. Biarkan perkara yang berlaku itu berlalu, bak kata sepah "barang yang lepas jangan dikenang"..biarkan ia menjadi sebagai catatan hidup kita dan sebagai corak yang mewarnai hidup kita. Kita tidak boleh membetulkan kesilapan yang lepas untuk menjadi berjaya, apa yang perlu kita lakukan adalah bangkit semula untuk menjadi insan yang cemerlang dan berjaya.

No comments:

Post a Comment