![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgblRGmzyzQ9yWgYknqsaRZ4LzlktoWWnBzxQ_kX3Y6542sgOhqfoWOtzolOqEmyiYhbWmbVblXz-4G0PB8y7-aTyCwK3wQJ9GAAu4V-6L41_x2CIQx02yHQyOBvWXC73TuztqtFwYxlGk/s320/Vietnam+80.jpg)
Hari Keempat di HCMC
Bangun pagi,kaki aku terasa sakit kesan akibat masuk terowong di Chu Chi Tunnel. So aku pun decide untuk tidak banyak berjalan pada hari keempat aku di HCMC. Hari ini aktiviti bebas, Cik Kiah dan husband shopping disekitar Ho Chi Ming City sementara aku, wak dan ramzi just shopping di pasar Ben Thanh dengan membeli cenderahati untuk di bawah balik. Tapi penjual-penjual kat pasar Ben Thanh mostly pompuan muda dan diorang memang pandai memujuk supaya beli. Just tips membeli di Pasar Ben Thanh adalah tawar sehingga separuh dari harga yang dia offer.
Pelbagai jenis kopi di Pasar Ben Thanh
Kaki aku yang sakit menghalang aku untuk shopping lebih lama dan membiarkan wak dan ramzi shopping lebih lama. Petang rombongan Cik Kiah pergi ke Muziam Perang tanpa aku disebabkan kaki aku yang sakit menyebabkan aku limitkan daripada pergi jauh dan lagipun petang tu aku dah janji dengan penjual kasut kat Saigon Square untuk tukar saddle Clarks aku yang ada sedikit kecacatan. Tapi aku bukan aje tukar saddle tapi “terbeli” kasut clarks dengan harga yang lebih jauh murah dari Malaysia. Sebaik rombongan Cik Kiah balik dari Muziam, dapat kabar diorang kena tipu dengan driver teksi. Abis bayar 65,000 dong tapi tak sampai jugak muziam perang, last2 diorang decide jalan kaki untuk pergi muzium perang.
No comments:
Post a Comment