![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOfzfqJOh_I22eeRBPEEiPqug1k8gF1L1Qh81BL6DEulwltXcd4mLL7_4kzaBkvi2Q-4PW2uCkF7eQ9v7loxu5LXicG9zYa4rnzxPtKn8IPGaV0xeGbCAdYM1XMPKVKjVyBIWMXMgSEFk/s320/member+5.jpg)
Friday, 26 November 2010
Pemergian Captain Teratak Bujang Panalex
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOfzfqJOh_I22eeRBPEEiPqug1k8gF1L1Qh81BL6DEulwltXcd4mLL7_4kzaBkvi2Q-4PW2uCkF7eQ9v7loxu5LXicG9zYa4rnzxPtKn8IPGaV0xeGbCAdYM1XMPKVKjVyBIWMXMgSEFk/s320/member+5.jpg)
Tuesday, 31 August 2010
Niaga Bazar Ramadan 2
Wednesday, 11 August 2010
Niaga Baazar Ramadan
So benda yang paling senang berniaga di baazar ramadan. Mula2 nk niaga laksa johor dengan asam pedas tapi aku rasa asam pedas mcm kurang mendapat permintaan bulan pose lagi pun orang dah ramai jual nasi campur..so kitorang pun membuat keputusan untuk jual laksa johor dan pari pais sebagai main menu.
Mula2 cari tapak untuk baazar ramadan, konon2 nyer nk cari tempat orang ramai pergi masa tu kat simpang renggam orang ramai pergi...so gi tanya pihak majlis, sekali sewa dia sebulan rm700..ada modal rm 500 aje...terpaksa lah lupakan niat suci tu. cari lah sewa tapak paling murah kat pekan benut,rm70 aje sebulan, so oklah tapak dah dapat....
then 2nd step, prepare untuk berniaga. Sebenarnye projek nie antara aku dengan ayin aje..tapi kitorang xde kereta untuk angkut barang niaga. Solution ajak sekali amy panjang niaga..nasib dia nk join. abis pujuk dan yakinkan dia untuk join joint venture nie...salah satu syarat nak niaga, peniaga kena dapatkan injection untuk cegah penyakit. sekali inject rm70. sebenarnye sorang aje dah cukup, tapi aku x nk rasa sakit kena inject sorang2, aku dengan ayin pun gi inject kat hospital pontian naik JFA 1703...abis dah kat situ rm140 kalo x silap aku...then yang best nyer ayah amy panjang sanggup belikan meja niaga untuk kitorang niaga. dah save kat situ...
then next step, aku dengan ayin pergi menuntut ilmu membuat sambal ikan pais dengan akak aku kat selang 2 kg dari kg aku. Naik JFA 1703...masa gi lalu jalan besar parit makasar. Abis bertapa dengan akak aku aje, kitorang pun balik rumah sampai tengah jalan aje jumpa polis, dengan selambernyer buat2 masuk rumah orang...dah lah masa tu x bawa ic or lesen dengan x pakai helmet...nasib polis tu tgh saman orang, so dia x nampak kitorang...ape lagi kitorang patah balik lalu jalan dalam...
aku pun menuntut membuat laksa johor dari mak aku..so complete lah resipi untuk kitorang niaga. bArang2 pun dah ready, so 1st day kitorang tunggu dengan penuh harapan dan cita2 yang menggunung...
aku sambung cerita dalam episod 2...
Saturday, 7 August 2010
Selepas setahun berlalu
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOLwHZ4gKDNWiFsACRObK1Hd00AClqANU67WS9lDzmCat7EjhxFsiIGUMYTSY3hjd_BB7VU8_8rfsFwfYc7zCH3njtElLYLzpy06iXb87pRHwHipUHG73IvNI4ciUFOTShcNLuc36RvT8/s320/Azhar.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoCcthuhZScNZXFWQguBhRDcp4Y-EtAdTyc8qMSJBxjKD9j3QzRdfduwV2Xjo37Mgl-2-vZgaDiinqQ7JhSXrLgiQ7pkGT3NCmpPnbKrwjdjAKldRrKqbETK1978sNOi4BNnUR5EOknOo/s320/Ayah+dan+Mak.jpg)
Monday, 2 August 2010
Kehilangan
Kenangan yang sentiasa aku ingatsemasa aku kecik-kecik,time raya arwah tidak pernah lupa untuk kasik duit raya kepada aku. walaupun matanya buta, tapi hatinya sentiasa terang. Ingat lagi masa kecik2 dulu, aku sentiasa tolong arwah kalo arwah nak pegi ke mana-mane kalo dia datang rumah aku. Arwah akan datang ke rumah aku selang 2 or 3 hari, selepas solat asar, arwah akan datang rumah aku. Then arwah akan balik lepas waktu isyak. Ingat lagi masa, family aku xde motor kapcai, arwah akan balik jalan kaki sorang2. then bila family aku mampu untuk beli motor kapcai, aku akan hantar arwah balik rumah...kalo bukan aku pun kekadang abang aku akan hantar arwah.
Peristiwa yang aku tak boleh lupa sehingga menyebabkan arwah tidak boleh berjalan. Hari tu aku memang plan untuk ponteng sekolah. Then arwah ayah aku pun ajak aku pergi ke rumah arwah untuk betulkan dapur dia yang rosak..katanye dapur dah rosak. So aku dengan malasnyer pun pergi ke rumah arwah dengan arwah ayah aku. Sampai kat umah arwah, aku pun cari manggis kat halaman rumah arwah dan arwah ayah aku pun memberi salam beberape kali tapi tidak menjawab. Lastly, aku terdengar arwah pakcik aku meminta tolong. Rupanyer dia terjatuh dan tersempit kat pelantar dapur dia since sebelum subuh hingga lah aku jumpa dalam kul 10 pagi. Mujur lah aku dengan arwah ayah aku datang rumah arwah, kalo tidak aku pun tidak tahu aper yang akan terjadi kepada arwah pakcik aku itu. Sejak dari peristiwa itu, arwah pakcik aku tidak boleh berjalan lagi dan terpaksa berbaring sepanjang hari.
Walaupun arwah seorang yang buta, tapi arwah seorang yang kuat bertani dan kuat beribadat. Aku tidak dapat memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah. aku hanya mempu doakan dan sedekah surah al-fatihah dan surah yassin kepada roh dia. Amin.
Sunday, 18 July 2010
Water Rafting at Slim River
*******************
17 July 2010
00:00: Aku dan edde bermalam di rumah bob (Thank you bebanyak bob kasik tumpang rumah ko). Sebelum tido mengumpat dan mengutuk sorang member aku (ex coursemate) yang dah berlagak dan tak kenal member. Aku dan edde dah sepakat delete no hp dia....
06:00 : Bangun dari tido, kul 06.15 pg meskol ayed tak x jawap2 (ayed kalo dah tido, mmg susah nk bangun). Bob call dia pun x jawap, assume dia dah bangun. kitorang pun bersiap2 sebab janji kul 7.00pg jumpa kat restoran Khalifah SS 7 Shah alam.
07:00 : Ayed tak tak sampai-sampai lagi, then call kata shah alam traffic jam.(boleh caya ke shah alam, weekend, kul 7.00 pg jalan jam)..tunggu pun ya tunggu (orang kata kalo tanam tembikai, dah boleh buat jus tembikai). Sampai rumah bob kul 7.20..terus gerak. Dalam kete mmg ayed jadi bahan utama lah...mmg best giler. Sekali dah nk sampai restoran khalifah, aku baru perasan dompet tertinggal kat rumah bob. Terpaksa patah balik dan ayed ada modal nk defend diri dia...
07.45 : Sampai restoran khalifah, order punya lah cepat roti telur dan teh tarik...tapi sampai 20 minit lepas tu. Hampeh punya mamak, aku terus banned kedai tu...hahaha
08:20 Siap breakfast terus gerak tapi group satu lagi request nk isi minyak jap...aduh, terpaksa layan. kalo tahu dia nk isi minyak mmg suruh dia gerak dulu. Dah lah janji dengan organizer kul 9 pg jumpa kat tol Tg.Malim. Sekali lama pulak brother tu isi minyak, siap boleh service kete pulak tu...kul 8.40 baru gerak kuar dari shah alam. Macam biasa lah, kalo dah lama nie tekan minyak mmg tak ingat lah..harap2 takde speed trap lah...
09:15 : Sampai tol Tg. Malim, terus gerak pergi ke ulu slim river. Lama jugak lah follow brother tu gi ulu slim river sebab dia naik 125Z.
10:30 : Start water rafting, edde, ayed, bob dan aku dalam satu group. Belajar lah common2 water rafting macam over left, over right, move forward, move back, hold on, sit in, back paddle, forward paddle dan last sekali paddle up. guider kitorang brother ges dan ayed. Experience paling best sekali, raft kitorang tergolek kat jeram kotak...panik jap lah. Tapi paling panik ayed lah...lawak giler...hahaha...
14:15 : Sampai check point last,dan kitorang pun plan nk buat raft tergolek sekali lagi...mmg best dapat main dengan air...hahaha.
15:30 : Gerak balik ke shah alam. Singgah jap kat seksyen 7, belasah durian D40..4 orang 2 biji hampir2 tak abis...layan giler durian dia.
17:30 : Selamat sampai rumah bob dan kitorang pun start berpisah mencari haluan masing-masing.
Overall trip kali nie mmg sangat best dan enjoy. Edde, ayed dan Bob, korang mmg best sebab semua otak giler2.
Thursday, 15 July 2010
My MASTER
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7M9ZRLLQ5CqeQkJBrTF872K2TBoDOk1vj1DjjyCjsRbHwp1vWVrSl3hXShiXM1xOeSIWpV1_qS6Xb-a_ZyTjomP9mDCVsWdyUboy8naOMTV9CyLXjj1qOoE9YlBUhCeTGaAEOtgMEnFk/s320/15072010(002).jpg)
Sunday, 20 June 2010
Kenapa Portugis tak serang Kedah dan P.Pinang
1509> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
Oct 1511> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
feb 1512 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...
Semiggu selepas FEB 1512> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.
Perisik 1.2.3 : selamat pagi tuan ( sambil bertabik)
al fonso : selamat pagi
Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang
al fonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu man,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang.
Thursday, 13 May 2010
Rewang
Rewang ni senang cakap gotong royong memasak untuk majlis perkahwinan. Kat kampung aku, kalo ada orang yang nk buat majlis kawin kena pilih tarikh supaya tak bertindih sebab takut orang rewang penat pulak kalo buat serentak. Biasanye orang kawen 2 hari aje lah kan..so rewang start dari ari pertama lepas zohor lebih kurang dlm kul 2.00-2.30ptg lah...orang kampung akan mula datang ke rumah tuan rumah yang akan mengadakan majlis perkahwinan tersebut...so dulu masa aku stay kat kg, aku antara orang yang rajin jugak lah gi rewang...kalo tak confirm telinga aku panas aje sampai lah aku gi rewang...so aku biasa akan pergi kalo x ptg mlm lah...dan biasa member2 rewang aku adalah jeli, ayin dan apis...tapi sekarang nie diorang semua dah merantau ke luar mcm aku jugak...dah lama aku x gi rewang..hahhaa
Antara keje-keje yang dibuat oleh orang lelaki adalah basuh ayam, kupas bawang, kupas nenas, masak air, potong2 daging, masak ayam dan segalalah keje2 yang ada kat luar umah. Orang pompuan pulak, more focus keje2 dlm rumah mcm sediakan nasi dan lauk untuk kasik orang2 rewang makan, buat kuih dan sebagainyer..aku x brape tahu scope of work keje-keje orang pompuan nie...huhuhu
so mlm rewang tu pulak, tinggal orang muda dan bujang aje yang dtg rewang...sebab x banyak keje dah tinggal untuk orang2 tua...mlm nie keje2 dia banyak mengisar lah...then kul 3-4pg baru diorang start masak untuk lauk esok...so kekadang mmg x tido satu mlm lah...record aku balik paling lewat kul 6 pg...so faham2 ajelah, kalo dah balik lewat sok nyer gi rewang mmg lambat lah...
hari majlis tu, mmg dah start busy lah...angkat hidang, basuh pinggan,basuh cawan, kekadang aku tgk jugak cara2 memasak nasi kat dapur tu...seronok belaja masak2 nie...hehehe.
biasa pagi itu, tuan rumah akan kasik tuala good morning lah...so acara majlis mcm biasa lah orang kawen...
So aku dah cukup penat handle majlis kawen 2 orang akak dan 2 org abg aku...sungguh memenatkan...buat majlis 2 hari aje, tapi pre ambik 2 minggu then post pulak ambik 2 minggu, baru semua settle...
tapi bagusnyer rewang nie, kite dapat mengeratkan ikatan silatulrahim sesama orang2 kg...dan jadi mesra dengan orang2 kg jugak..so next time kalo ada masalah, mintak tolong senang aje...bagusnye rewang nie, kite dapat belaja hidup bermasyarakat xde lah hidup sorang2 aje...sesetengah orang kata, jangan jaga tepi kain orang,kubur masing2.tapi diorang lupa, mmg lah kubur masing2 tapi kalo mati ingat boleh dikuburkan sendiri ker...masyarakat jugak yang akan urusan semua tu....kena lah pepandai hidup bermasyarakat.
Saturday, 8 May 2010
Ikan Pari Pais
Bahan-bahan membuat Sambal.
1) Lada kering yang direbus dan dibuang bijinya. Amount ikut suka hati lah...
2) Bawang besar
3) Bawang kecik
4) Bawang putih
5) Halia sikit.
6) Kunyit sikit
7) Serai dipotong halus dan 3 batang serai yang diketuk.
8) Sos tomato sikit.
9) Gula merah sikit.
10) Asam Jawa
Cara membuat sambal.
1. Lada kering dikisar hingga halus dan asingkan. Kisar bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit dan serai.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bahan2 bawang kisar tadi dan serai yang diketuk. Masak sehingga naik bau dan masukkan lada kering yang telah dikisar. rebus hingga mendidih dan lada kering tadi masak.
3. Masukkan sos tomato (jumalah ikut lidah lah) dan kacau hingga sebati. selepas itu, masukkan air asam jawa dan kacau hinggan sebati.
4. masukkan gula merah sikit dan campur dengan gula putih.biar rasa dia manis sikit untuk hilangkan rasa pedas. then kasik garam secukup rasa.
5. Kacau sehingga bebetul cukup masak dan siap lah sambal ikan pari pais.
Ikan Pari Pais.
1. Ikan Pari tuka(nk guna ikan lain pun takpe) yang telah disiang bersih di sapu dengan serbuk kunyit sikit.
2. Bakar ikan pari macam biasa. terbalikkan ikan dan siram ikan dengan sambal tadi. Bakar hingga ikan pari cukup masak.
3. Angkat ikan pari yang dah siap bakar tadi dan disediakan bersama limau kasturi.
Masa nak makan nanti, peras limau kasturi kat atas ikan pari pais.
Laksa Johor
Tuesday, 27 April 2010
Sukan baik untuk kesihatan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhm5DD-CXmtBdKmgvVgpPcAopB0Yb-cy6AV5a9y6bNJ8CNZOpG3fmbzr5cj208afgpcN6ulhJaf0guCFVeSYSiotWkBayZXoRrDYfBe_55_yJmlU0ZNpWt4zodWz0mDPADBOA-6rfwLmQE/s320/02102007(001).jpg)
Thursday, 22 April 2010
Orang yang mencintai kamu
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apakah gemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkankamu.
18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!
Wednesday, 21 April 2010
Diri kita
1) Diri terdiri iaitu jasmani atau tubuh fizikal kita..kulit,mata,telinga,mulut dll yang kita boleh lihat dan rasa dengan tangan mata dll. Diri ni kalau kena pisau..luka, sakit..kalau tak makan, lapar dll.
2) Diri terperi iaitu diri batin kita..ini lah diri yang travel dan mengembara bila kita tidur. Diri ini kalau cukup kuat dan sensitif..akan mudah mendapat petanda2 dari alam atau mimpi2 yang macam2. Diri terperi inilah juga yang merasakan cinta, sedih, gembira dll...sehinggakan terkesan pada diri terdiri yang akan mengeluarkan air mata, senyum dll
3)Diri empunya diri...iaitu diri rohani kita...yang suci dan murni..yang ini...pada tahap ketuhanan...
4) Diri yeng memiliki diri...ini tersangat rahsia. kalau dalam solat...jadi tak khusyuk sebab diri terperi tak ikut perintahal contoh...kita solat tapi masih mikir benda lain..sebab diri terperi ni takde sekali masa berdiri atas sejadah
Tuesday, 20 April 2010
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZjFHxF7UMq1qDfLYl0Z88fmnBsNpOjLooe8sUUMkUeNpISsGPDbcFozw_i8hyauLZJnP1h6UsmXlXHLi5_JvSvHL9BmncUFfxStP0bK2SGs64GoNQKd8mnIMqN6bL9jKHqoiQ6-vGsgQ/s320/An-Naas.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHVFYHrZrLw7D5-gBsV8M7ZI0eaOh7my8rkhW5tFWZcZkqVdMYRpnDGX4RnZ_xweXTMyoRrRaXNvPeqDK8sJtti0IGQGziSAg5Pzf03Cu82cWQddQ6g-LHhCoTTK2FC0R7GMAJ96V7LkY/s320/Ayat+Kursi.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHi8aFiz7Pg2Md0wA-oolVyMsBjl962se7Ysca5kMzfqd-OnJ-hJT-Qcm3qlYBs0PXd5v2iMDavYVbptIOIkk9fJtD4s9aLPn7g8eQn7alepQhlQfLLc7-WHM0V-oDgneu9ZkjW6zseE4/s320/surah+yassin.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLW1LKWsEikSQBIzjeVIe75fLYzkMNCMkk5gkiTJMW8hSH4k1jOvxxr_pLkIjiV5abkDqwTQiso8yfY5NM-KZJybxJKYdJaq1TFOyjZjOrsmVeiCrbCq3IsNPwBz-VKGC3VihqoxRx3t4/s320/ayat+berkubu.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaXheB076clKprfJJas780C5wgwcFBq0RkUe4hsPSjsrNk3HwCS8RQlLs-7FjHJko7AK5VLqfvOdaZcmCSWugbGfoHuwua6Zi_dQMl4BN7cGZLiIy4GI20AMp5WGzd-YdHVwWNcR_Mtek/s320/ayat+pengerak.bmp)
Sunday, 18 April 2010
Bermula sebuah kehidupan
*******************************
Perkenalan yang bermula dihujung bulan di awal tahun....aku mengenali 'dia' sebagai sahabat dan dari situ aku mula ingin mengenalinya lebih mendalam. Aku mula mengambil tahu pasal diri nya, mengambil berat dirinya dan anything berkaitan dengannya. Aku pun tak tahu mcm mane aku boleh ada perasaan itu, perasaan yang datang tanpa paksa, yang datang dengan sendirinya...orang-orang oil and gas cakap, naturally flowing...
Bak orang-orang tua kata, ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan ditengahari (orang-orang oil and gas cakap, ku sangkakan well flow 24hrs rupanya ada shutdown ditengahari),begitu lah ape yang terjadi kepada aku....Aku still try to keep in touch selama sebulan dengan penuh harapan dia akan terima aku setelah mendapat nasihat dari "MASTER' aku....MASTER yang sentiasa memberi aku nasihat dan berkongsi pengalaman membuat aku lebih yakin tentang kehidupan.
Sebulan berlalu tanpa apa-apa perubahan. Aku memberitahu "MASTER" aku tentang decision aku untuk menjauhkan diri aku dari dia untuk selama-lamanya. Dan MASTER aku menasihatkan bahawa antara aku dengan dia memang ada gap dan perbezaan dalam kehidupan. So better untuk aku melupakan dia. Memang betul MASTER aku cakap dan mmg aku bukan diciptakan untuk dia dan bukan aku untuk dia pilh sebagai teman sehidup semati.
Aku tak menyesal mencintainya dan mengenalinya sebab itu adalah sebuah perjalanan hidup aku, Dan aku amat menghargai segala pengalaman yang aku tempuh sepanjang hidup aku. Pengalaman yang mendewasakan kita, mengajar kite erti kehidupan. Sebagai mana "MASTER" aku selalu cerita that is wonderful of life. Life yang penuh dengan corak2 dan pelbagai warna. Dan berakhir sebuah penantian.....
********************************
Kini aku memulakan kehidupan baru aku dengan harapan aku akan jumpa kehidupan yang aku cari selama ini. Tanpa mengharapkan apa-apa dari 'DIA".
END of the LOVE STORY.......(mcm mane aku leh jiwang giler mlm nie...heheheh)
Friday, 16 April 2010
Perkara-perkara sengal
1) Belajar naik moto masa tu darjah 5,lepas tu exciden patah kaki dapat cuti sekolah 5 bulan.
2)Curi plate warna kat lap fizik masa form 5, tapi kantoi dengan cikgu sebab ada budak dengki cakap kat cikgu...
3) Pergi air terjun kota tinggi then tipu mak, ambik ko exciden masa ambik selekoh..ada palang merah tgk aje...hampeh.
4) Berhenti keje part time sebab tak suka kena buat tangki sampah fibreglass...bos aku marah giler.
5) Then buat kajian kat company yang aku buat part time tu, bila ex bos aku tahu dia nk report kat pihak universiti sebab dedahkan keburukan company dia...dah mmg company dia buruk,terima ajelah kenyataan.
6) Buang pari pais kat jalan masuk kampung aku sebab tak leh dijual, dah busuk...nie gara-gara ayin lah lupa letak kunyit...dah rugi aritu..
7) Keluar dari sekolah teknik batu pahat selepas seminggu lapor diri...alasan sebenar aku, x dapat tengok tv...
8) Ejek2 budak kuala benut dalam bas dengan harapan budak kuala tak boleh naik bas tu sebab bas tu dah penuh org, sekali bas tu boleh rosak pulak..tak pasal2 kena penumbuk sebijik...
9) Ambik ikan kaloi yang mak aku buang dlm tong sampah, then mlm tu aku dengan member aku buat ikan bakar...sedap giler bila diperas dengan air limau...abis makan baru cite...hehehe
Wednesday, 14 April 2010
Mimpi
1) Mimpi melihat gelombang tinggi : Akan hampa dalam percintaan.
Adakah aku akan hampa dalam percintaan hanya ALLAH saja yang tahu...tapi kalo mmg aku tiada jodoh, aku redha aje...
2)Mimpi melihat ombak laut naik ke rumah anda : Alamat akan beristeri / mendapat jodoh.
Betul ker...awek pun xde lagi. nak kawen macam mane...hehehehe
3) Mimpi Air yang besar: Akan ditimpa bala atau ada orang buat jahat terhadap diri kita.
Hope dijauhkan lah dari bala or hasad dengki orang.
Monday, 5 April 2010
Jalan Lurus
Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
Yang pertama bahwa Allah maha esa
Yang kedua Muhammad rasul kita
Yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
Yang keempat cinta guru-guru kita
Yang kelima cinta tanah air kita
Diri kita memancarkan cahya cinta
Semoga Allah membimbing kita semua
Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
Yang keenam salat mari ditegakkan
Yang ketujuh Quran baca diartikan
Yang delapan sedekah jangan terbawa
Yang sembilan puasa penuh keikhlasan
Yang sepuluh senyum sopan senantiasa
Keramahan perilaku diri kita
Semoga Allah membimbing kita semua
Thursday, 1 April 2010
Memang Allah Sengaja
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat MENJADI PENILAI YANG BAIK.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya KITA SEDAR BAHAWA KITA HANYALAH MAHLUK YANG SENTIASA MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa DIA BUKANLAH PILIHAN YANG HEBAT UNTUK KITA DAN KEHIDUPAN KITA PADA MASA DEPAN.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya KITA DAPAT MENGUTIP PENGALAMAN YANG TAK SEMUA ORANG BERPELUANG UNTUK MENGALAMINYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya KITA LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA
Dah lama x dapat call 'Dia'...adakah dia ceria seperti dulu...???
Wednesday, 31 March 2010
Penutup FY09/10.
******************************
Dah seminggu aku x update blog aku. Tak sempat aku nak update pasal team building department minggu lepas. Anyway, tadi aku makan seafood kat kuala kerteh. mmg puas hati, aku makan ketam, sotong dan ikan kerapu...tapi tak leh lawan lah sotong bakar kat pulau perhentian. On the way balik dari kedai makan, aku mendapat berita kematian budak kampung aku. Bebudak kampung aku panggil dia siput, tapi sampai sekarang aku tak tahu nama dia yg sebenar. Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yg beriman.
**********************
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgE44mqiFwsGgj51hpnzMHc2qzzPzVa-MYRk4tF_44ubVDtGenjssBegNr6MQQG3co27QTv7-c3hQpXhW8MppT6hDtXcl2Fzm8eqn6BDFtWsgXwVftrV53sNpFpETV7TaA8cQOKwVzHfXc/s320/27032010(005).jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKpRCnOFHLAEDJgLDZ_mTcxMuRzvu458b26GyEzFzw6lUBqvQXGTCWmZVLxzNDZkS6Qp5bE0Z0oFt3yLJNv0SRuCxTc0_I0iRHT2KDcEBDJXWHnXGu1VkJFxqtVM7QtSTqvP8g_16idZU/s320/bukit+tinggi+029.jpg)
Group Inspire...go..go..go..Inspire
Keputusan keseluruhan :
1) Group PPP
2) Group CK (cicak kobeng)
3) Group Lion
4) Group Inspire (group aku)
Last sekali aku ingin mengucapakan ribuan terima kasih yg tak terhingga kepada committee HSE FY09/10 kerana telah bertungkus lumus untuk memastikan walaupun tak semua tapi lebih separuh aktivities yang kitorang plan berjaya.
HSE Committee FY09/10:
1) M AL Safrin
2) Izzat Amin
3) Ina Czarina
4) Noor Aini
5) Nurul Nabahah.
Aku ucapkan semoga HSE committee FY10/11 lebih berjaya dan siap untuk bekerja keras sebab korang akan dapat advisor HSE yg paling powerrrr sekali....hehehehehe
Wednesday, 24 March 2010
Team building.
Menceritakan pergi ke bukit tinggi, sebenarnyer nie lah 1st time aku pergi ke bukit tinggi. kalo nk gi sendiri aku pun x tahu, bila aku leh gi....aku rasa sejak tahun nie baru aku banyak berjalan. bila kawan2 aku cite tentang tempat2 yg best kat malaysia, tempat ape yg cantik..aku hanya boleh mendengar aje. Sejak kecik sampai lah aku abis belaja kat universiti,aku terus terang yg aku tak pernah jejalan kuar dari kampung aku...
then bila keje nie, bila semua kawan2 aku dah gi tempat yg best2 dan diorang bukak cite aku hanya mampu untuk mendengar aje...tapi mgkin aku bernasib baik at least aku dapat gi jugak tempat2 yg best...
aku kena berlakon jadi pompuan dlm mlm persembahan nanti...aku nie dah lah keras, aku x tahu mcm mane aku nk buat lembut...tak kisahlah, aku buat aje lah aper yg termampu...
Sunday, 21 March 2010
Suatu perhentian di Pulau Perhentian....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdZkwNFGgh71fckE-BCKXyt8Jsixm6hH2hjCBeyi2BMqDV6EoL1MnbckcFuRykgxfFUA9K4QVmycIQxwfRYOLFkGUnTPGdmvOLbs9l9cEgklyZslptUM8ikrh3uJw2u2eVbazED6VPLkU/s320/Perhentian+1.jpg)
Wak Nirman(baju hijau), Shahril (sedih x dapat contact tunang dia)
1st time bercuti di pulau selepas 3 tahun plan akhir berjaya jugak aku jejak ke pulau perhentian..tapi sampai di sana aje, aku rasa aku terasing di negara sendiri sebab almost 90% orang kat sana mat salleh...aku rasa cuma ada 2 group aje pelancong dari malaysia aku rasa masa aku datang tu...whatever..aku x sabar nk tgk katil idaman aku untuk 2 mlm di pulau perhentian... Bilik kitorang untuk 3 hari 2 mlm.
1st day dimulakan dengan snorkeling area2 pulau perhentian kecil..1st time aku guna google snorkeling, boleh dikatakan banyak jugak lah terminum air laut tu, last2 sekali aku tak pakai pun google dia...then tgh2 aku seronok snorkeling, aku nampak si shahril tak join kitorang...rupa2 dia mabuk laut, pada hal sebelum tu dia dah telan 2 biji pil mabuk...nampak tak berjaya jugak...dia snorkeling area2 boat aje..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl-FZR47V4ZJq5fls2pxcEXcNXafMZxjxTdPq-cGNMv3rZ2f1t9V0f9PbASieN7g5QJtLLlP4hwakJhbjxau1lzz_Q7nwv3jNcJPp4Aj_nmTBibmmDnKwXP0AgkRBROlGqJEQk9cYmOOg/s320/Perhentian+14.jpg)
>
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9TRYkn4sH-Q3-QUGzfPBKXr4VMNR6ATi579MPIswNzFuElescI38wRQyD1g_4ydxqYpjjsi89VgRRdZMCoa7QvTEvrXn0saTODjBSHIIqOm29UpOtC0qakg9XMAu2G4YbB7V-09pgZ68/s320/14032010.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgk1xUF3AqffqW0Gv-EacmnekDsoW18ArrEGt-_Rol0tiqCsv4s-AjQ5d4xfpm51IkAGAYvSh2b_nLyBgs_dpAhN86qpyWbJ4DeeMeCpY7XLXKy9HA38H_eN8oOPr9WQ8De6EJ85KC0ibM/s320/Perhentian+24.jpg)
Monday, 8 March 2010
Doa jodoh
Saturday, 6 March 2010
Mencari RM8k
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVBJKQzFW-QjHbbWuG3xEuLJnXqPH61EIYxWG8j9cSSCZ-E9NPjy22p3QGh5zz0__Cf8mzDVW6TJxgrJDVXsBEFyrTOiNZueHseh19qeXgZvqQJHmahlt5NMS0-jJ-0Ekc2IBuPsd07_I/s320/06032010(005).jpg)
aku teruskan misi dengan manjadi foreman mesin mancing jap malam tadi, repair mesin member aku yg stuck sebab tidak diketahui..aku buka2 sambil tu layan cite "my hero my ex girlfriend". lepas aku rendam dengan minyak pelincir semi sintetik..alhamdullilah mesin tu kepada berpusing dan menambah keyakinan aku untuk mencari RM8k...huhuhuh
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg18SdId4pdqw-JzNs0fGVH4fQMC5DuItrTgQzAXS0dcAPGNCFw-lkjLP8nIHe0oRXqTLi3-EXbAZUp1XOtkqRyVOijsjxbHfhlN6n1jm1O_nYgEr1W8OcD3GzRR9PjGSrBIvnt75CovEE/s320/06032010(001).jpg)
Akhirnyer, hari yg ditunggu-tunggu menjelma...tetapi aku bangun terlambat sikit..kul 8.15pg baru terjaga...dengan relax,kemas2 peralatan memancing...terus gi pantai...On the way gi, beli nasi lemak kerang (favourite aku, dah lama makcik tu tak jual)..then bila nk sampai pantai aje, baru aku teringat nk beli air sebab nanti takut tercekik pulak kalo makan nasi lemak xde air..so pusing semula beli air mineral kat Petronas...kul 9.30 baru sampai pantai, tgk org semua dah lama start mancing(diorang start kul 8.30pg)..aku menjadi peserta paling lambat sampai...hahaha..
Lepas register, gi pantai tgk mak datuk...diorang punya joran 8 10 kaki punya...joran aku rasa 4 kaki aje kot...and aku rasa aku lah joran paling pendek sekali...hahahah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg16UOC27BMvbZAMRih47QmTTOyCSmMTLrNonyG7guNs38PLICp5FN76nvUL3vvIBbacmGggtj7uf_Zs2pwiw8YrjybSj5DtDtv_vD_sbVfNQkU82C9NYrjUn9N_SRXr5KXzdM5HRUigyc/s320/06032010(002).jpg)
Before aku kasik ikan makan, aku kena makan dulu...layan nasi lemak kerang...sedap giler...hahahaha
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNBOFgdMR56gMTHViQxuuw_WaWvT7QCkUx7n_Oe4x2eeZ-FLFoD-uHANidGpQWWUSlIC_D-ddRlZXf7ZothwpNXtfZqUXI46wr99XRqHwtt0TuFImhYjXytQFddhtojIXPm5oggodxv1k/s320/06032010.jpg)
Lepas sarapan di tepi pantai, misi aku pun bermula untuk mencari RM8k...
Selepas lontaran pertama, ada 2 org dapat naikkan pari tuka dengan todak....lepas tu, ikan-ikan kat situ semua pemalu...langsung xde yang sangkut...jangankan aku, orang yg joran 10 kaki pun xde sangkut...huhuhuhu
Tepat kul 12.40 aku menjadi peserta paling awal kuar dari pantai...sebab aku dah bosan menunggu ikan yg tak kunjung tiba...lepas abis waktu memancing, dimumukan pemenang ikan terberat...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggfwbV2dpry1Nqgg9NgdBuLxNNjAJOxUx5jF7HfIYAmVmRJoSNT98pSHbWbOaS6IxUi5scMp3i-HBgrAvG9WSzm5MA1xfnSYzIeYbrriLe_2wks9kKZlM0ECh9mVDvF_Ift8eZ6Hsg-NE/s320/06032010(008).jpg)
Ikan tempat pertama..ikan todak.(2.5kg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjROQeKLyZ2GCCh50qTrNbFcCGTSB8CWS_Me-rREKwlmwsxBT2gCFwDhXxhztN8ieIzpO7CXRP1NRZt9T-KYClkcCTR66zcYZj9XU_MMitCs2tE9z4Os_AqZFK4vLcB7WnHJJMCxMZT4B0/s320/06032010(009).jpg)
Ikan tempat kedua..Pari tuka(2.2kg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipS9qBvz51oq9umzv4RS9UgzkG7L69ZyDbgGHkJIyO08GEEWIGE7zgfwrGKgqDdTxJaotYUK9R1MVBZVzbmf9IF8rqe-JjjQiQ8PuxFkFMbiBHDLN4lRFBH0v26ak1_PYhB1I9E7tIJQU/s320/06032010(006).jpg)
Ikan paling kecik...
Friday, 5 March 2010
1st time ke GENTING.
Saturday, 27 February 2010
Kegembiraan dan Kesedihan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN70FSazYkXB3NfK2J_3VqUy9j2XeW6idebfvtFHF_h2YFIfO0WgsE03ITFjXZwues45qZe6NM-tuTBBylnaOYjgpx7oOPHnjJ7QMKQfQeuY3ZMJYl6e_rA8D7L_hQaG_4c9bEC-ut84c/s320/Arsenal+2.jpg)
Hari nie aku start dengan berita Arsenal berjaya merapatkan kedudukan dengan chelsea dan Man u....tetapi arsenal kehilangan sorang lagi player, Aaron Ramsey yang kena tackle sampai patah kaki...sungguh kesian untuk player yang muda seperti dai itu..aku tunjukkan horrible tackle itu
Aku continue marathon bola mlm tadi dengan layan real madrid....real madrid menang 5-1...aku yg mengantuk pun jadi hilang mengantuk...hehehe.Enjoy dengan real madrid punya game mlm tadi.
Petang nie aku tak tahu nk buat aper...tapi most probably aku nk gi mancing, sorang2 pun jadi lah...bosan tahap gaban...
Sudah 2 hari dia tak msg aku...maybe dia tengah enjoy right now with his friends...
whatever layan blues kat pantai rantau....
Friday, 26 February 2010
Maulidur rasul di Kerteh.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiT_TgyB5QH7DEXL57YwDIkjjD5Ye-6bPf53BCqHdRWL4z8hGoyvFhmsVpNRnF9Un2RCBjtokts75FdJoQwc36knuTE3ENm9WKk6DHFWsO-pFseRJnJESkb8I4m3SD4ZemIZQf4Zii7vBI/s320/26022010(001).jpg)
MLm yg tak tahu nk buat aper...lepak umah layan jurassic park.......!!!!!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUBXZ9pCb4H5_1O3Bi584x_7Qe6h6xXnrVR2FmB9Q8rXk8Gl3QvGWza3wYjBj-hlUPsc7XBbj8Dk9yJk-OHfnKAIAkMldmo3DP06W3s23sAO4KgSwo0mf2oElqxqf7sP98nR6CoELT5n8/s320/26022010(001).jpg)
Thursday, 25 February 2010
Tentang Dia
TENTANG DIA
1) Suka makan benda2 yang berzat
2) Tak suka makanan-makanan yang merosakkan gigi...
3) Favourite Director, Michael Bay
4) Actors favourite dia: Johnny Depp, Tom Hanks, Gerard butler dan Harrison Ford..tapi nape dia tak suka artis pompuan yer...???hehehe
5) PAndai memasak terutamanya masak lemak cili api dan suka makan makanan pedas...
6) Dia memang tak minat cerita korea, jepun dan romantik. Favourite movie dia adalah thriller...dia mmg kasar tapi jiwa lembut itu sudah pasti...hehehe
7) Seorang yang caring dan inginkan suami yang penyabar...(seorang pemancing bukan penyabar ker...hahaha.aku x cukup kot)
Insyallah jika memang 'Dia' diciptakan untuk aku, tiada satu pun rintangan akan dapat memisahkan atau menghalang untuk aku menakluki cintanya walaupun berjauhan.
Tetapi mmg 'Dia' bukan milikku,aku redha melihat dia bahagia bersama orang lain.
CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU.