Monday 22 August 2011

Salam AidilFitri


Bulan syawal akan menjelma, bermacam-macam persiapan aku akan lakukan dan antara benda wajib setiap tahun ada lah:

1) Buat dodol
2) Buat ketupat
3) Buat Lepat
4) Buat lampu pelita

hampir setiap tahun, kampung aku akan meriah dengan lampu pelita. berbagai-bagai rekabentuk diorang buat. Ada yang buat kapal terbang, masjid dan menara..tapi aku rekabentuk biasa aje. Tak larat nk buat canggih-canggih dan lagipun aku nie kurang kreatif sikit. tak tahu lah kalo tahun nie semangat aku tetiba berkobar-kobar nk buat lampu pelita canggih2 or cantik.

Beraya dikampung mmg sangat special dan perasaan dia x bole digambarkan dengan kata-kata. SELAMAT HARI RAYA...


Friday 5 August 2011

Laptop Baru

Hari ini 5 August 2011, aku membeli laptop baru jenis HP pavillion setelah laptop lama aku DELL rosak motherboard dia. Agak lari sikit budget bulan nie, lebih2 lagi untuk membuat persiapan Hari RAYA nanti. Bila difikir-fikir semula, laptop aku rosak bile ramadan akan menjelma then tetiba kehidupan seharian aku berubah dari kebiasaan. Then aku sedar bahawa semua ini memang telah dirancang oleh ALLAH yang Maha Kuasa kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang berlaku.


Memang ada hikmah dia laptop lama aku rosak dan tidak dapat dibaiki semula. mungkin aku masih tidak sedar ape hikmah dia tu tapi aku memohon agar aku akan lebih dekat dengan ALLAH s.w.t.

Cinta Muka Buku ( original) - Najwa Latif