Sunday 10 July 2011

Mengimbau kenangan di Parit Mastar



Setiap orang boleh dikatakan mempunyai kampung dan aku yang memang berasal dari kampung amat sukar untuk aku melupakan kampung aku yang tercinta dan terbaik. Kerna setiap kali aku balik kampung, aku akan mendapat ketenangan and semangat untuk terus berjuang.

Mungkin kampung aku ini xde yang special untuk dibanggakan tapi bagi aku ia mempunyai keistimewaan dan keindahan yang sukar untuk aku gambarkan. Ia banyak menyimpan terlalu banyak kenangan yang mengajar aku tentang kehidupan.



Mungkin gambar di atas tidak nampak apa2 keistimewaan tapi keadaan 20 tahun yang lepas sangat berbeza . Kawasan ini lah tempat warga Parit Mastar bercucuk tanam dengan tanaman jagung dan keledek. Masih ingat lagi, masa kecik2 menolong arwah ayah membersihkan kawasan ini, membakar semak samun dan bercucuk tanam. Masih teringat-ingat lagi kata-kata arwah ayah yang memarahi aku kerna bermain api dan tidak menolong arwah ayah membersihkan rumput. Mungkin masa itu, aku hanya tahu bermain saja tetapi bile usia aku bertambah setiap tahun, aku telah mengubah sikap aku dari asyik bermain kepada menolong arwah ayah.

Antara tanaman utama adalah jagung dan keledek. Dan kebiasaannye sebelum bermulanya acara cucuk tanam, kami akan diberi baja dan benih free. dan setiap kali dapat lah, mak aku tak abis2 meluahkan perasaan tidak puashati kerna diberi baja dan benih yang tak bagus. So antara jalan penyelesaian beli baja dan benih sendiri.

Dan menjadi masalah ketika musim menuai adalah mencari pemborong untuk jagung dan keledek. dan setiap kali itu jugak lah mak aku akan bising kerna ketua yang sepatutnye mencari pemborong tapi gagal untuk mencari. menambah keanginan mak aku bila ketua tu hanya mencari pemborong untuk dia sahaja. Dan setiap kali musim menuai jugaklah, aku hari2 makan jagung dan keledek..sesuatu kenangan yang selalu aku akan ingat bila melihat sawah Parit Mastar.



Dan ini pulak adalah port aku masa kecik2 melepak untuk memancing dan melihat kawan2 aku mandi. Sebab apa aku hanya melihat kawan2 aku mandi, sebab kalo mak aku tahu aku ikut mandi mmg balik confirm kena sebat lah lagi2 dengan adanya kakak aku, Ery yang menjadi kaki report kepada mak aku sebarang aktiviti yang membuat mak aku marah. Sebab itu, masa kecik2 aku mmg anti kakak aku sebab dia kaki report...hahaha. tapi port nie antara favorite aku memancinglah. Dulu tempat ini cantik, xde semak samun mcm skrg. Budak2 sekarang pun dah xde yang nk mewarisi peninggalan aktiviti zamam kanak2 aku dulu. So menjadikan tempat ini terbiar. Tapi tempat ini jugak lah merupakan tempat aku mencari ketenangan dan semangat ketika aku rasa aku hampir kalah dalam perjuangan hidup ini.




Port ini pulak, port memnacing depan rumah aku.Antara ikan yang pernah dapat kat sini, ikan haruan, ikan keli, ikan sepat, dan ikan puyu. Antara lubuk ikan di dalam kampung aku. Di sini lah pertemuan antara air gambut (hitam) dan air tanah liat (jernih). Biasanya aku akan pacak pancing kat situ then lepak atas jambatan sambil tengok2 kalo pancing terkena ikan. Tempat ini jauh berbeza keadaannya dahulu dengan sekarang. Disini jugak lah kekadang aku mencari kekuatan untuk terus berjuang dalam kehidupan aku.

Rasa setakat ini sahaja aku cerita pasal kampung aku, dan mungkin kalo ada masa mengizinkan aku akan cerita semula tentang kampung aku ini....I LOVE PARIT MASTAR.....:)