Friday 26 November 2010

Pemergian Captain Teratak Bujang Panalex



Mohd Farid Mohd Nordin a.k.a ayed merupakan captain Teratak Bujang Panalex dan juga merupakan housemate aku start dari dia masuk petronas sampailah 30 Nov 2010. Biarlah aku cerita serba sedikit pasal ayed nie.

Actual aku kenal dia masa aku lapor diri kat Petronas carigali, masa tu aku temankan member aku hantar borang kat HR then aku duduk sebelah dia. Ayed nie duduk sorang2 aje, so aku mmg peramah sikit masa mula2 sebab dah terbiasa masa jadi sales engineer pun tegur dia. tanya rupanyer dia pun kena posting kat kerteh. Aku x ambik post sangat dia, sebab aku ingat mungkin mmg x jumpa dia lagi. Tapi kuasa tuhan, aku telah ditemukan semula dengan dia kat escalator KLCC. Dia bertanyakan rumah sewa kat kerteh dan berhasrat untuk join duduk sekali kat kerteh. Kami pun bertukar2 no tel dan aku pun terus blah.


Sampai kat kerteh, rupanyer aku sorang aje laki yg lapor diri kat PCSB then masa tu takde langsung member yg ada rumah kosong. Nak cari rumah sewa baru, masa tu mmg susah sebab lapor diri aku bawa duit RM400 aje untuk tampung hidup aku sebulan kat kerteh sebelum dapat gaji. Tapi nk tak nak aku kena cari rumah sewa jugak dan kebetulan ada sorang ex housemate aku, fadil pun nk join dok umah sewa dengan aku..masa tu baru aku teringat ayed pun nk cari rumah sewa. so cantik dah ada 3 org. And March 2007, ayed join umah sewa kitorang.

Bermula disitu perjalanan hidup disebuah teratak bujang panalex. sepanjang kitorang hidup bersama, otak mmg giler2.

Activities yang aku selalu ingat:
1) Pergi rumah api kat dungun naik moto, masa tu moto fadil baru overhaul..slow and steady aje bawa moto. Masa tu dalam otak aku alangkah bestnyer kalo ada kete. then lepak kat pantai dungun, panjat bukit kat belakang uitm skodeng student buat maksiat.

2) Jadi pemancing tegar sekejap kat muara kerteh. Paling lawak ayed dengan hidir. gi mancing kul 10mlm tapi diorang start mancing kul 11.30mlm..masa tu aku mmg gelak x ingat lah. tapi mlm paling best, mancing sampai kul 3 pg dengan ayed kat atas bot muara kerteh.

3) Pergi kuantan naik kete ikin, bajet nak lalu jalan paling dekat...dari jumpa signboard tulisan kuantan sampai signboard tulisan kuantan hilang. Masa tu kalo x silap aku, kitorang tgk transformer 1. nasib x terus aje, kalo mahu sampai segamat rasa....hihihi

4) kitorang kuar gi karok 1st time kat depan pasar awam kerteh, then bila suara agak2 best pergi karok atas kopitiam. then bertukar karok jamban kat paka dan last sekali karok kat mesramall. Geng tetap aku,ayed dan burn.

5) Pindah umah dari 1 tingkat pergi 2 tingkat kat panalex. Pinjam lori bos ayed. kalo x silap aku, 1st time fadil bawa lori. Masalah lori bos die nie, kalo mati mmg kena tolak. ada tu, dah masuk barang semua sekali lori bole pulak mati. Dah terpaksa tolak lori yg penuh tu ramai2..tired but enjoy.

6) Aku dan ayed pergi ke genting highland untuk 1st time dlm sejarah hidup kitorang. Masa tu ada bob and burn. Paling lawak sekali bila tgk gambar ayed naik roller coaster, hilang semua macho dan kejantanan dia..

7) Last activities aku dengan dia, main white water rafting kat slim river. masa tu mmg dia paling kecoh sekali. raft kitorang terbalik kat jeram kotak, dia paling cuak sekali cari bob..bob mane, bob mane..padahal bob dah selamat masa tu...hehehe. kelakar bila teringat.

Satu aje perangai si farid nie, kalo dia cakap jangan terlalu mudah untuk percaya. sebab dia pun mengaku yang dia nie "Kaki Kencing"...dia kasik nasihat,kalo dia cakap dia x kasik bukti maksudnyer dia tipu lah tu. Kes kantoi ayed paling aku suka, dia kantoi dengan rosdi kat kuantan dating dengan awek paha besar..dia cakap kat kitorang nk gi opis rupanyer kuar dating. Apa lagi, rosdi pun beritahu lah kat kitorang yang ayed kuar dating kat kuantan. Masa tu mmg best tgk ayed kena kantoikan...

Ape pun, aku rasa sedih jugak bila dia cakap dia nk berhenti keje sebab aku akan kehilangan sorang kawan baik aku. walaupun aku selalu kutuk2 dia, aku dah anggap dia best friend aku. Aku akan terasa kehilangan dia. Berat jugak aku nak tengok dia meninggalkan bumi kerteh nie, tapi ape daya dia pergi untuk mengejar cita2 dia. Aku doakan dia berjaya dalam kerjaya dan berjaya jugak dalam percintaan. Hope dia takkan lupa untuk jemput aku kalo dia kawen nanti.