Tuesday 31 August 2010

Niaga Bazar Ramadan 2


sambungan kepada entry aku yang lepas...


1st day aku niaga, aku start pacak gerai kul 3.30ptg selepas selesai melayan cite sineatron indonesia"bawang putih bawang merah"..cite yang aku tak boleh miss.....gerai aku terletak dihujung bazar ramadan.dan jiran gerai aku, aku panggil abg lan (kalo x silap aku)menjual air katirah dengan kutu piring.

1st day aku berniaga dengan angan2 mat jenin dapat menjual laksa dan pari pais dengan banyak sekali.rupanya sangkaan aku meleset,aku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Jualan hari pertama tidak memberangsangkan, hingga setiap pelanggan yg datang beli satu, aku kasik percuma satu.kalo member2 yang datang aku kasik 2 or 3 free laksa johor. just semata-mata untuk make sure semua barangan niaga untuk hari itu abis.

Dan start dari situ, bermacam-macam cabaran yang kitorang hadapi untuk make it profit dan mendapat sambutan. Antaranya:-

1) Pernah sekali ikan pari tuka kat pasar benut kehabisan stok. so terpaksa pusing satu benut dan simpang renggam untuk mencari ikan pari tuka. Alhamdullilah setalah puas dan letih berpusing-pusing, dapat jugak ikan untuk hari itu. Kitorang x leh simpan banyak ikan tu sebab peti sejuk rumah kitorang kecik aje...

2) Aku menjual roti bertanduk inti kacang merah...bertahan 3 hari saja sebelum decide untuk stop pembuatan roti bertanduk. Punca dia, roti tu keras bila dah sejuk dan x tahu mcm mane nk kasik lembut. Tapi rupa-rupanya ada jugak peminat roti bertanduk aku tu...kesian tgk makcik tu bila aku cakap kitorang dah tak jual roti bertanduk lagi...hehehe

3) Pernah jugak disebabkan kesengalan ayin untuk lupa meletakkan serbuk kunyit kat pari tuka selepas disiang, ikan tu berbau busuk bila time kitorang nk jual. So kitorang pun decide untuk tidak jual ikan pari tu semata-mata nk jaga kualiti. dan tempat kitorang buang pari tu adalah kat parit kecik kat area depan kampung kitorang...mesti org yg lalu lalang kat area situ rasa busuk bila lalu sok paginyer...hehehehe. Sori orang-orang kampung.

4) Berlaku conflict di dalam company kitorang bila si amy meletakkan tapai kat gerai kitorang, tapi company x dpat profit dari jualan tapai tersebut. Yang x tahan dia, ayin nie dia tidak akan menjual tapai tersebut time amy gi solat kat masjid...hehehe.

5) Record terpantas kitorang dapat tutup gerai kul 6.20 ptg pada akhir terakhir kitorang berniaga. Alhamdullilah dapat jugak berbuka puasa dengan family pada hari terakhir kitorang berniaga. kalo tak asyik berbuka kat tepi jalan aje...

Dan banyak lagi lah kenangan-kenangan semasa aku jual di bazar ramadan di benut. Pernah sekali, cikgu aku lalu gerai kitorang tapi dia x support pun business kitorang then leh dia cakap tolong lah cari keje lain.Aku rasa masa tu menyirap aje dengar,nasib lah bulan puasa..sabar ajelah.Tapi peniaga-peniaga kat bazar ramadan benut semua baik2 sebab bila time nk berbuka aje, kitorang akan dapat kuih2 or air2 free dari jiran2 sebelah. kitorang pun ada kasik kat diorang apa yg kitorang jual...hehehe

Kitorang pun decide untuk stop berniaga 5 hari sebelum raya setelah mendapat kembali modal kitorang. Letih dan penat beb siang malam berkerja sampai terawih mmg kantoi lah tak payah nk cakap. Setelah selesai semua, kitorang pun berkumpul dan mengira keuntungan yang diperolehi. Tolak modal dan expense lain2...keuntungan yg kitorang dapat setiap sorang hanya lah RM7.40 kalo tidak silap aku, tu tak tolak gaji tau dan itu lah gaji kitorang setelah penat bekerja siang dan malam...hehehe

Tapi alhamdullilah, walaupun pun untung kitorang x banyak. At least kitorang ada menyumbangkan something pada ramadan tahun 2006. So wonderful experience dan kenangan yang akan aku selalu ingat bila tiba waktu ramadan sampai bila2.

Thankz kawan2 yang support business kitorang especially hapis walaupun dia x makan laksa johor, tapi dia selalu lepak kat gerai kitorang tolong2 kitorang niaga.







Wednesday 11 August 2010

Niaga Baazar Ramadan

Bila start bulan puasa aje, aku akan teringat zaman-zaman menganggur kat kampung...masa tu bulan pose, aku, sepupu aku ayin dan amy panjang menjadi menganggur setia kat kampung. Masa tu baru aje abis musim pulasan kalo x silap aku dan nk puasa...so otak aku pun ligat berfikir mcm mane aku nk kembangkan duit aku yang ada skrg rm300 menjadi banyak bila sampai raya...angan2 boleh beli baju raya baru...hehehe...

So benda yang paling senang berniaga di baazar ramadan. Mula2 nk niaga laksa johor dengan asam pedas tapi aku rasa asam pedas mcm kurang mendapat permintaan bulan pose lagi pun orang dah ramai jual nasi campur..so kitorang pun membuat keputusan untuk jual laksa johor dan pari pais sebagai main menu.

Mula2 cari tapak untuk baazar ramadan, konon2 nyer nk cari tempat orang ramai pergi masa tu kat simpang renggam orang ramai pergi...so gi tanya pihak majlis, sekali sewa dia sebulan rm700..ada modal rm 500 aje...terpaksa lah lupakan niat suci tu. cari lah sewa tapak paling murah kat pekan benut,rm70 aje sebulan, so oklah tapak dah dapat....

then 2nd step, prepare untuk berniaga. Sebenarnye projek nie antara aku dengan ayin aje..tapi kitorang xde kereta untuk angkut barang niaga. Solution ajak sekali amy panjang niaga..nasib dia nk join. abis pujuk dan yakinkan dia untuk join joint venture nie...salah satu syarat nak niaga, peniaga kena dapatkan injection untuk cegah penyakit. sekali inject rm70. sebenarnye sorang aje dah cukup, tapi aku x nk rasa sakit kena inject sorang2, aku dengan ayin pun gi inject kat hospital pontian naik JFA 1703...abis dah kat situ rm140 kalo x silap aku...then yang best nyer ayah amy panjang sanggup belikan meja niaga untuk kitorang niaga. dah save kat situ...

then next step, aku dengan ayin pergi menuntut ilmu membuat sambal ikan pais dengan akak aku kat selang 2 kg dari kg aku. Naik JFA 1703...masa gi lalu jalan besar parit makasar. Abis bertapa dengan akak aku aje, kitorang pun balik rumah sampai tengah jalan aje jumpa polis, dengan selambernyer buat2 masuk rumah orang...dah lah masa tu x bawa ic or lesen dengan x pakai helmet...nasib polis tu tgh saman orang, so dia x nampak kitorang...ape lagi kitorang patah balik lalu jalan dalam...

aku pun menuntut membuat laksa johor dari mak aku..so complete lah resipi untuk kitorang niaga. bArang2 pun dah ready, so 1st day kitorang tunggu dengan penuh harapan dan cita2 yang menggunung...

aku sambung cerita dalam episod 2...

Saturday 7 August 2010

Selepas setahun berlalu


7 Ogos, setahun selepas pemergian ayah aku menghadapi Ilahi aku masih terasa kehilangannya lagi. Kekesalan yang perlu aku hadapi mungkin sepanjang hayat dan yang sukar untuk aku lupakan. Aku sentiasa doakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa.

Aku masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu, arwah ayah selalu bawa aku pergi minum kat benut naik basikal kagor.Kedai favourite ada lah kedai sebelah kedai sarip simpang empat benut,aku pun x ingat nama kedai tu...the best moment yang aku masih ingat, arwah ayah aku akan tuangkan air kopi kat pinggan then biarkan sejuk sebelum kasik aku minum kat pinggan tu.

Tapi aku xde kesempatan untuk bawa dia jejalan, last sekali aku bawa dia pergi cameroon highlands. Aku masih ingat lagi kata-katanya yang menyentuh hati aku masa aku bawa arwah pergi ke Ladang BOH,sepanjang dia hidup ini lah kali pertama dia sampai tempat yang cantik dan tenang. Rupanya itu lah kali terakhir aku boleh bawa arwah sebelum arwah jatuh sakit.

Banyak lagi kenangan susah payah arwah untuk membesarkan aku. Antaranya arwah tidak pernah lupa untuk menunggu aku kat depan kampung setiap kali aku balik dari sekolah menengah. Kalo arwah x jemput, maksudnya arwah masih belum balik dari petik buah kepala sawit dan aku terpaksa berjalan kaki sejauh 1 km untuk sampai rumah. Kekadang kalo ada orang yang baik hati,diorang akan tumpangkan aku. Member aku yang selalu tumpangkan aku kalo arwah ayah aku tak ambik aku adalah Mohd Azhar Jaafar. Azhar yang pakai baju hijau gambar kat bawah nie.



Banyak lagi aku nak cerita pasal arwah ayah aku dan aku akan sambung cerita kalo ada kesempatan. Gambar bawah adalah gambar arwah ayah aku dan mak aku yang sentiasa dihati aku.

Monday 2 August 2010

Kehilangan

2 August 2010, Seorang pakcikku telah menghadapi Ilahi jam 4.00pg di Hospital Besar Pontian. Al-Fatihah kepada roh pakcik aku, Bodo' bin Supoh, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Kenangan yang sentiasa aku ingatsemasa aku kecik-kecik,time raya arwah tidak pernah lupa untuk kasik duit raya kepada aku. walaupun matanya buta, tapi hatinya sentiasa terang. Ingat lagi masa kecik2 dulu, aku sentiasa tolong arwah kalo arwah nak pegi ke mana-mane kalo dia datang rumah aku. Arwah akan datang ke rumah aku selang 2 or 3 hari, selepas solat asar, arwah akan datang rumah aku. Then arwah akan balik lepas waktu isyak. Ingat lagi masa, family aku xde motor kapcai, arwah akan balik jalan kaki sorang2. then bila family aku mampu untuk beli motor kapcai, aku akan hantar arwah balik rumah...kalo bukan aku pun kekadang abang aku akan hantar arwah.

Peristiwa yang aku tak boleh lupa sehingga menyebabkan arwah tidak boleh berjalan. Hari tu aku memang plan untuk ponteng sekolah. Then arwah ayah aku pun ajak aku pergi ke rumah arwah untuk betulkan dapur dia yang rosak..katanye dapur dah rosak. So aku dengan malasnyer pun pergi ke rumah arwah dengan arwah ayah aku. Sampai kat umah arwah, aku pun cari manggis kat halaman rumah arwah dan arwah ayah aku pun memberi salam beberape kali tapi tidak menjawab. Lastly, aku terdengar arwah pakcik aku meminta tolong. Rupanyer dia terjatuh dan tersempit kat pelantar dapur dia since sebelum subuh hingga lah aku jumpa dalam kul 10 pagi. Mujur lah aku dengan arwah ayah aku datang rumah arwah, kalo tidak aku pun tidak tahu aper yang akan terjadi kepada arwah pakcik aku itu. Sejak dari peristiwa itu, arwah pakcik aku tidak boleh berjalan lagi dan terpaksa berbaring sepanjang hari.

Walaupun arwah seorang yang buta, tapi arwah seorang yang kuat bertani dan kuat beribadat. Aku tidak dapat memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah. aku hanya mempu doakan dan sedekah surah al-fatihah dan surah yassin kepada roh dia. Amin.